3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

11 April 2011

Mencari Diri XVII: Adventuras

S:Best berjalan hari ni?
J: Bes la jugak.
S: Pergi mana tu? Lewat baru ada kat bilik? (diikuti gelak nakal. buahaha)
J: Gi Kajang jap. ada urusan... training nasyid
S: Acehhh... wah hebat sekarang ya, nasyid2 bagai..~
J: Aih, perli ka? mana ade hebat, sbb tak hebatla training.~ O_o

Hari ni antara hari yang sangat adventure sebab ....
pergi ke Kajang ke Sekolah Lama, tanpa gunakan Google Maps atau GPS, tapi pakai redah je. Huhu~

Alhamdulillah, dalam masa 45 minit sampai ke lokasi. Cuak juga , satu sebab memang dah lambat. Dua sebab tak berapa sure jalan. Hari ni ikut jalan yang 1st time di cari.

Ke Kajang, guna MRR2, dan first time sampai direct ke laluan untuk ke Jalan Loke Yew, (simpang ke sini sangat kecil, dan jalannya betul2 di bahangian kiri lorong, sikit lagi nak terlepas) untuk sampai ke Cheras, dan terus ke Kajang, tanpa sampai ke highway PLUS. (Okay mmg noob, 1st time, 1st time~)

Da nampak Plaza Phoenix yang terbakar tu, confem lah jalannya dah betul.
Lepas Metra Mac bernilai RM 1.00, RM 0.90, akhirnya sampai ke lokasi.

Seronoknya dapat tengok sekolah lama. Banyak sangat pemandangan baru yang lain.
Dewan dah cantik, lantai berganti jubin, bukan terazo lagi macam dulu.

Antara Rumah Pengetua dan Dewan Besar dah ada court Ragbi.

Masjid Al Ehsan dah jadi besar, siap ada extension lagi sebelah kanannya. Dinding semua dah dipecah, betul2 jadi masjid yang menggunakan sistem air flow sepenuhnya, perhaps, untuk mengatasi masalah bil-letrik-masjid-melambung-sebab-kipas-dalam-masjid-banyak-sangat.


Kalau korang nak tahu, Masjid ni dulu surau cuma, tapi time saya form two, mereka bejaya naikkan taraf ke masjid. Syok~! Sebab kalau tak berjalan kaki dalam panas@hujan ke Masjid Sg Sekamat tuh, agak jauh jugak laaa~

Ust Bakru pun sempat juga jumpa tadik, berbual2 dengan junior jarak umur 11 tahun beza, usai training Ragbi mereka unuk MSSS  20 April ni (Majlis Sukan Sekolah Selangor - betul ke nama nya).

Wah. Aspuri dah ada pintu pagar dan pintu masuk sendiri? Hebatt. :D

Dapat juga jumpa lovebirds War dan isterinya Kay dengan  Auni , dan dapat bual2 sekejap dengan Wa sambil jeling sekejap2 tengok Auni time training. Muka Auni mcm muka Wa ehh? Mata War. Tapi bentuk muka and kening cam Kay. cute~ nak tengok?


jemputlah Click untuk besarkan gamba~

Time training tadi tengok Junior2 main badminton bersungguh betul. (Ada pemilihan ke dalam masa terdekat?) Teringat dulu main sama dengan Totoi, Kayak, Wa, Badik, Rafiqin, Ustad, Atok, Mazran, Fahmi Bahuri, Muned, Firdaus Mutallib, Shafreen. =)

Seronok juga jumpa junior2 lain time training tadik . InsyaAllah, Ahad ni datang lagik.. =)

Sampai dari Kajang , terus hantar saudara tumpang balik Terengganu pulak dari Greenwood. makan Nasi Goreng Kampung + Telur Mata + timun + sambal Belacan + milo suam yang sangat sedap, dan murah.

Then singgah karaoke. Tak sukanya sebab suara tak pergi. Penat kut.

:D

okay, times' up. Nak kena buat perkara lain pulak.. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails