3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 April 2011

Flash Header Seround Dua: III


Setelah kita bercerita mengenai pergerakan, kini kita boleh bercerita tentang ilusi 'kewujudan'.

Dalam dunia Flash, dan animasi, sesuatu hanya dianggap wujud apabila ia mampu dilihat.

Untuk mewujudkan situasi 'kewujudan' ini, kita memerlukan dua keyframe untuk objek yang sama.

Pada keyframe pertama, kita cipta kewujudannya.

Pada keyframe kedua, kita musnahkan atau sembunyikan ia dari mata penonton.

bagaimana kita mencapai tahap ini?

1) alpha - mode.
Mengikuti langkah ini, kita lukis sebuah objek, dan jadikan ia symbol (select objek tadi dan tekan F8 dan rename).
andai kita mahu wujudkan ilusi tiada-kepada-ada, di keyframe pertama, kita select objek tadi, dan tekan V. Tab Object Appearance Properties akan keluar, dan kita hanya perlu pilih Alpha, dan set kan ia pada 0%.
di keyframe seterusnya (mungkin boleh jarakkan dalam 10 ke 15 frames), boleh setkan alpha ini pada 100%.

Tekan Ctrl + Enter untuk melihat hasilnya. hasil ini lebih baik dilihat pada keadaan objek di keyframe pertama, sama lokasinya dengan di keyframe kedua.


2)Masking.
[Animasi objek]
wujudkan dua layer. layer pertama adalah layer objek, dan layer kedua yang diletak di atas layer pertama, adalah topeng.

Fungsi topeng, adalah menutup apa yang mampu disembunyikan. contohny, topeng jerebu melindung mulut dan hidung dari kelihatan. Maka apa dilindung tidak akan kelihatan.

Dalam stage, mask atau topeng melindung seluruh stage, kecuali rupa asal objek yang ditopengkan pada layer kedua tadi.

Untuk menghasilkan ilusi kewujudan (tiada-kepada-ada)dengan mask, (lebih efisyen dengan pergerakan pada mana2 paksi X atau Y), pada keyframe pertama, kita letakkan objek di layer pertama, di luar kawasan rupa asal topeng objek di layer kedua.

Dan pada keyframe seterusnya, kita hanya perlu tekan F6, dan larikan objek tadi masuk ke ruangan asal topeng objek.. sebelum motion tween atau shape digunakan dalam "frame properties".

3-masking 
[animasi topeng].
Dalam yang ini, objek di layer topeng yang dianimasikan, manakala objek di layer pertama dibiarkan static.

4) menggunakan blank keyframe.
cara ini mampu menghasilkan ilusi 'blinking'. ia  sering digunakan dengan teknik Brightness dalam symbol appearance properties.

Kita hanya perlukan keyframe pertama yang ada objek. seterusnya, kita tekan F6, dan padam object di stage pada layer berkenaan. Atau, kita juga boleh tekan F7/

Untuk mewujudkan ilusi blinking yang cantik, kita boleh select dua keyframes ini, copy  (dengan menekan Alt tanpa lepas, serentak menarik keyframes ini dengan mouse) dan melepaskan di lokasi dikehendaki pada frames, untuk Paste, beberapa kali.

Sekian dulu. Jumpa lagi lepas ni =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails