3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 April 2011

Alexa Rankings dan Belog Kita

Minggu lepas, rangking alexa 5 Juta +. Semalam da jadi 4 Juta +. Alhamdulillah, bersyukur . Tapi rasanya masih jauh lagi. Agak2 nak 2 Juta + dalam masa 1minggu agak2 susah tak? =)

Jom stadi Alexa~!





Alexa adalah Webtool yang mengukur kedudukan web dalam satu list dari satu sampai infiniti. Diukur menggunakan nombor, lebih sedikit nombor yang mengikut di belakang web, lebih tinggi status web tersebut dalam Intenet.

Kenapa Alexa penting?

Ranking Alexa akan memudahkan Ads Provider contohnya Advertlet, Nuffnangs, Innity untuk memikirkan Ads apa yang bakal menguntungkan mereka (terlebih dahulu), sebelum menguntungkan kita.

Sebab rank Alexa yang tinggi = traffic yang tinggi = page view + page visitor yang tinggi = kadar penembusan iklan mereka lebih tinggi = lebih $$$ untuk blogger yang support sistem ads mereka.


Jadi, lebih  tinggi rank blog kita dalam Alexa (lebih tinggi means number lebih kecil), lebih tinggi kebarangkalian kita untuk dapat jana wang yang lebih banyak dari sitem pengiklanan macam yang disebutkan di atas tadi.

Sebab lebih banyak unique ads yang boleh diletakkan di situ. (BE lagi banyak boleh dapat.. contohnya. apa barang citer BE je kan... korang mesti nak yang high2 lagik kan3) 

Alexa Rank berdasarkan apa ya?

Selepas stadi, saya dapati, Alexa mengira rank tiap blog atau website, berasaskan  pengiraan total 3 bulan tentang 4 perkara, dalam beberapa stage pengiraan.
Perkara2 tersebut antaranya adalah

a) jumlah pageview
b) jumlah pengunjung site atau Visitor
c) jumlah quality link  yang membawa visitor masuk ke blog. Quality link adalah dari link2 yang membawa Visitor anda tiap kali anda tinggalkan link di site2 atau blog2 yang memiliki site yang agak tinggi ranknya dalam Alexa.com.

Contoh link yang tinggi rank maybe adalah, dari blog Kyerol, Fakhrul, Ben Ashaari, (alamak apa link dia? lupa lah..amnesia sungguh. okay da ingat www.benashaari.com, ) Nisa Menulis, Hanis (Zalikha), dan blog2 yang biasanya guna dotcom. Kalau blog2 isu semasa pula, isu politik, banyak blog politik contohnya chedet.com, tukartiub.. Kalau isu agama, ada Keretamayat,  Kalau isu hiburan pulak... ape eh? (garu kepala) oh, ade. Afdlin Shauki, 

Alexa tidak akan menimbangkirakan jumlah pengunjung site dari site yang sama berulang2 kali (teori sama bagi pengiraan page view dlm sistem Google), contohnya, jika Abu datang dari Facebok Page Blog kita, dan Hussin pun sama, maka pageview cuma dikira satu.  (oooo...patutlah.)

Tetapi, tak semestinya blog yang tinggi pageview + visitor akan naik tinggi dalam ranknya.Nak tau kenapa?

Apapun, pengiraan rank ini amat berkaitan dengan quality kandungan atau dlm kata lain, content-wise blog@site kita.

bila kita post content yang high-quality, contohnya tutorial, entry2 jenis review, update2 isu semasa dan reviewnya, dan post2  ni pula berlink-link ke blog yang high rank dalam Alexa tu sendiri, memang cepat lah naik Alexa Ranknya.

Sebab bila post ni masuk, Alexa + Google crawl content, dia akan push page kita naik ke atas.

Ada orang kata, jangan terlalu concerned tentang traffic, BE, apa semua, tapi kejar content yang baik.
Ada betulnya. Kenapa?

Sebab, dalam sistem Alexa, ia mengira total 3 bulan dari kali pertama kita letakkan meta Alexa dalam HTML kita, dan juga kali pertama kita ping ke situ.

Biasa jadi, traffic mencanak banyak macam nak apa first week, maybe backlink banyak , atau rajin update (review ke , contest ke, apa2lah kan) . Tapi sebab kita tak berapa nak update, dalam masa kurang dari sebulan je, rank tu turun semula.

jadi, lepas ni, jom2 sama azam2, kita keluar tiga hari,

cari idea entri yang bagus2, kumpulkan dalam kategori, set kat autopost + syndicate kat NetworkedBlogs + bookmark GengBlogger + register 5 - 7 bloggroup kat FB + ping blog kat situ + communicate ideas, not love-rantings + naikkan ranks + letak iklan = apa yang kita mahu...didengari dan dapat kongsi gembira lebih bila ada $$$ yang lebih untuk dikongsi ramai2
 Sebab apa?
Erti hidup itu kan lebih banyak ada pada memberi.. bukan sekadar menerima.


p/s:Nuff ke Innity ke, selepas naikkan rank, barulah berbaloi nak citer pasal Ads ke, kan. 1 step at a time =)

Nak tau mcmana nak perbaiki Alexa Rank kita? Tunggu entri selepas nih. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails