Bayangkan betapa dalam masa 2 tahun, hampir setiap malam saya mimpikan destinasi ini!
Begitu banyak rahsia tersimpan di sini.
Di mana tu?
Di tempat ini. Di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
Kelakarnya, bila mimpi, konfem mimpi pasal tak amik ujian matematik, dan tengok slip angka giliran SPM.
Akhirnya 16 April, saya telah akhirnya berjaya kembali dan membuang semua mimpi2 itu.
Geng AFU 2011 Reunion: Antara wajah adalah Wan Najran, Badri Kudos, Suhairil, Mus, Zufar, Hasif Zul |
Saya telah berjaya naik ke pentas dan perform dengan rakan2 yang saya kagumi dari sekolah, bersama mereka. Dengan percussionist yang sangat hebat, All For Ummah Reunion Concert adalah salah satu kenangan terhebat yang pernah saya alami seumur hidup.
Berjaya tengok semua perubahan dalam area ini.
Memasuki alam dewasa dengan impian yang tidak sempat direalisasikan ada kalanya memberi tekanan yang tidak perlu pada subconscious mind.
Syukur sangat pada Allah kerana peluang ini diberi tika saya dalam saat2 sukar.
Terima kasih yang teramat sangat buat Wan Najran, Rustam Mohd,Ihab Ismail, Badri Kudos, Khairul Anwar (Kay A).. buat rakan2 Junior, seperti Suhairil, Fitri, Syukri, Muiz, Syukor, Izwan, Azman, juga buat percussionist All For Ummah yang sempat dikenali terutamanya Zufar, Bear, Mirul, Muaz, Ashraff, dan yang belum sempat dikenali lagi... You made my day a lot better.. =)
Banyak konsep muzik saya sempat pelajari secara langsung atau tak langsung, dari hidup di sekolah , dalam kehidupan seputar AFU.
Belajar buat lagu juga akibat terdedahnya saya ke sini.
Lebih banyak lagi generasi AFU akan dihasilkan, tahun demi tahun. Mungkin akan ada yang lebih baik dari yang lama.
Tapi, tanpa yang lama , apalah erti yang baru.
Tanpa yang baru, tiadalah kesinambungan perjuangan.
:)