23 April 2011

Andainya


Andai kita berbual tentang cinta, siapa yang berbual tentang impian?
Andai kita marah keana cemburu, siapa yang marah kerana rasa ingin ambil tahu dan ambil berat?
Andai kita sibuk dengan kerja, siapa yang sibuk fikirkan tentang kita?
Andai kita tidak suka kan dia, siapa yang tahu kita lebih ramai yang tidak suka?



Andai kita berhenti seketika untuk lebih menyayangi, tak mampukah hidup jadi lebih bererti?
Andai kita berhenti seketika untuk kurang bebel dan lebihkan gesel, tak mampukah berkawan2 jadi lebih akrab?
Andai kita berhenti seketika untuk kurangkan degil dan lebihkan sambil-menyambil, tak mampukah kerja lebih  banyak yang siap?

Andai kita tahu ada lebih wang penting untuk lebih peluang menyayangi dan disayangi, akan benar2 bencikah kita pada kerja yang kita benci?
Andai kita mahu ada peluang lebih untuk disayangi dan menyayangi, akan benar2 bencikah kita apabila orang suakan kita peluang untuk jadi insan bertanggungjawab... walau mungkin terpaksa bersusah sebentar?
Andai kita mampu jadi orang yang penyayang, akan benar2 bencikah kita apabila kita terpaksa berubah sedikit demi sedikit, semata2 untuk kita menjadi orang yang disayangi makhluk langit dan bumi?


Andaian adalah peluang untuk menjadi apa yang kita mahu, dengan apa yang kita tahu, dan apa yang kita mampu.


Andainya andaian adalah segala2nya untuk meneruskan kelangsungan erti hidup, siapa kamu dalam andaian diri sendiri, mereka dan kita?

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
halusinasi's avatar

halusinasi · 726 weeks ago

andai aku tahu...
1 reply · active less than 1 minute ago
andai awak tahu apa . yana...?
My recent post Flash Header Seround Dua- III
nice poem.. :)

jemput singgah ANASAURUS :)
1 reply · active 726 weeks ago
jeles aku kalau org pandai wat kate2 mcm ni

hahaha... nice babe...
My recent post TiMe SeKoLaH - PaRt Ni dua
TQ Faizal sbb sudi datang...... and komen... tq2....
My recent post Flash Header Seround Dua- III

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails