22 April 2011

Flash Header Seround Dua: II


Tidak berbeza dengan jenis animasi 2d yang biasa, Flash menggunakan keyframe sebagai landasan animasi.

Ini menghasilkan ruang kreatif yang sangat luas, hanya dibataskan oleh imaginasi seseorang itu sendiri.



Tidak kira apa pun caranya, imaginasi kita saja yang menentukan apa yang akan dianimasikan di atas stage.

Bak kata Morpheus pada Neo,
"Your mind is the only limit,"
Andai pemancing memiliki alatan seperti rapala, joran, dan tali tangsi, bagi flash animator, pemikiran luar kotak dan pembayangan adalah 'alatan' kita.

Andai pemain badminton menjalani latihan stamina 3 - 4 jam setiap hari, untuk menajamkan stamina, latihan kita adalah membayangkana jenis pergerakan dalam animasi, yang kita mampu lakukan, apabila kita melihat alam sekeliling kita.

contohnya, apabila melihat sehelai daun berguguran, kita membayangkan bagaimanakah motion guide yang mampu dilukis, dan bagaimanakah snapping symbol yang harus dilakarkan di atas stage.

Mungkin ada yang mengatakan, keyframe manipulation tersangat susah, dan leceh. "lebih baik pakai template", jimat masa.. benarkah?

hakikatnya, hampir semua perkara sekeliling kita bergerak secara real time, bukan melalui template. Manusia mungkin dicipta dengan template, tetapi dimensi masa yang dicipta mengawal kehidupan, ia bukanlah template.

Untuk itu, keyframe manipulation adalah asas bagi kita memahami mechanics alam sekeliling kita.

Menguasai keyframe manipulation bererti, kita mampu meneliti pergerakan alam sekeliling secara real time, dan memasukkan element2 ini ke  dalam animasi kita.

Jom baca lagik =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails