3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 April 2011

Mencari Diri: Adventuras II

Jauh berjalan luas pengalaman, .. eh ke luas pemandangan? huhu =)


Isnin - Selasa - Rabu yang sangat best.
Perjalanan kali ini membawa saya jauh ke negeri pertama yang bangkit melawan penjajahan. Negeri mana? ceteka ceteka. :D


Selain bertandang untuk menemui dan mengajar Flash pada rakan blogger, saya juga melangkah setapak lebih jauh dalam dunia mencari diri: menjejak Alter Melayu.

Travelog mencatatkan 800 kilometer perjalanan ini, menyaksikan saya mengenali dan menjangkau satu lagi leluhur Jawa , Melayu, dan penempatannya yang telah berasimilasi, di Perak.
Apa yang menariknya, kesan-kesan dan kehadiran entiti boleh dikesan di sepanjang perjalanan di kawasan Perak yang saya lalui ini, (antara petanda yang menunjukkan kawasan kota negara yang satu kuat, satu ketika dulu).



Tiba di Manjung setelah 4 jam dalam kereta, disambut oleh Yana empunya justanimefreak, di Tesco Manjung, kami makan malam bersama Fadil the Penyu empunya penyuagar, sebelum menyambung rehat untuk esok harinya.

Terima kasih Encik Penyu sangat bermurah hati menumpangkan hamba barang sehari dua di rumah tuan hamba. Ngee..~ =)

Rumah Encik Penyutak jauh dari Tesco Manjung, dan sangat selesa, seriously. Encik Penyu rajin duduk rumah, rajin kemas rumah, dan suka masak. Tengok dapur pun tau. Sapa la isteri die nanti kan?Untungglaaaa~ Hahah

Hari pertama kunjungan, jimba-jimbu bersama Bloggers Perak di Jusco Ipoh dan Ipoh Parade.

Seperti gathBlog  biasa.dihadiri sebelum ini, acara wajib dimulakan.

Dari kiri: Fadil thePenyu, FM, CK, Aliaa R, Yana, Qusya





Makan sarapan dan gelak ketawa kenal mengenal.

Antara BPianz yang hadir. Dari kiri: Nisa Suyatim, Amalina, CK, Ruuz.
Bowlingla plak..strike ke tak?

Bowling memang mampu mengeratkan dan mengenal2kan antara geng bloggers .Antara bloggersyang sempat dikenali adalah Fakhrul, Admiral Hafiz, Reez, Amalina, Reena, (yang  datang dengan adiknya Kevin Ifwad), CK Zarith, Alia Rasyidina, Ruuz, Eija Hassan, Qusya, Nisa  Suyatim (ada  yang tak dimention ke? sori tau.. tak dapat ingat semua lagikk. ) ;)

Makan seterusnya di Nasi Kandar Vanggey 8778(?). Tak sangka, seminggu sebelum ini baru saja terbaca artikel 'Nasi Ganja' Vanggey di Kosmo. Kelmarin sudah merasa pula makan di situ.


Ganjanya Nasinya(Hahaha) memang sedap, murah, dan rasanya antara yang termurah setakat pengalaman saya makan nasi kandar di seluruh jalur kehidupan.

Penangan Vanggey. Straw dgn Sudu pun da tak boleh beza.Haha

Padil the Penyu dan FM side by side hahaha

Keesokan harinya, travel ke Taiping pula.
On the way, singgah ke Taman Cempaka Sari dan mengajarkan Flash barang se dua, pada Yana dan Amalina Yaakob.

Kemudian menyambung semula perjalanan melalui highway PLUS. Di sepanjang jalan, cuba menjadi kaunselor@pendengar pada cik penumpang, sebelum tersesat sampai  ke Taman Suria Permai, berjumpa Aliaa Farhana.

Rancanagan untuk menyerang zoo taiping tidak dapat dilaksanakan kerana hujan yang dengki pada kami. Haha.

Dan petangnya , setelah memulangkan anak dara orang yang telah diculik menghantar penumpang pulang ke rumah, saya terus shoot ke gombak, dengan jalan lama.

Wah, memang best pemandangan yang dapat dilihat. Kelapa sawit bersilih ganti dengan sawah padi, getah, dan penempatan2 lama, tak dilupakan juga ruins2 di tepi jalan.

Berikut adalah first time yang dapat saya catatkan. First time:

1. Bergerak sejauh ini tanpa bantuan GPS.
2. Jalan sejauh 5 jam dalam perjalanan balik tanpa melalui langsung Highway.
3. Singgah rumah dan beli lauk di kedai, untuk makan bersama2.
4. Makan nasi vanggey
5. Mengajar Flash kurang dari sejam
6. Mengenali jalan Ipoh, Manjung

Yang paling seronok, tentunya dapat join Blogger Perak's Gath dan feel belonged to. Korang memang fun!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails