3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 October 2008

Mari Studi Psikologi: Bulimia

Anda kelaparan. Anda makan sebanyak2nya. Dalam masa 2 jam, anda telah menghabiskan satu buku roti Gardenia Raisin, satu bekas kecik Aiskrim Walls Chocolate Fantasy (bukan nama sebenar), dua bungkus kecik Nasi Lemak Hot, 3 biji hotdog Nescafe Library, dan satu gelas besar Peach Tea Nescafe Library.

Anda tersandar kekenyangan. Namun, sebaik saja anda melihat wajah kekasih anda yang disayangi, anda teringat kata2nya,

"kalau by this end of month awak masih boroi, jangan harap kita boleh jumpa lagi!"

Anda terus panik. panic attack, kata orang London. Anda takut anda akan boroi dan break up buat kali ke 8 dengan awek anda. Anda bergegas ke tandas. Alamak, ada orang tak pam. Anda makin mual, dan pergi ke tandas sebelah. Lantas memuntahkan segala apa yang anda makan.

Masih kelihatan bilis2 (dari sambal nasi lemak) terapung di permukaan air, serta bau peach tea yang berbaur dengan bau sos hotdog. Anda sayu. Tapi tak mampu nak buat apa2, sebab anda sangatlah sayangkan awek anda - entah dia sayang anda, anda pun tak tau.

Anda rasa anda sakit? Dari DSM IV, anda memang sakit. Bulimia. Anda rasa anda bermasalah? Ketahuilah, anda tidak bersendirian.

Bulimia, berasal dari "boues" (lembu) dan "limia" (lapaq bahasa orang kedah), adalah satu penyakit yang mengganggu 3 daripada 5 wanita di seluruh dunia, namun ia juga boleh dihidapi oleh org macam saya- lelaki.

Diagnostic featuresnya, termasuklah,

a) mampu menghabiskan sejumlah besar makanan dalam masa 2 jam, dan rasa hilang kawalan ketika tu - rasa mcm, kalau ada lori aiskrim pun, nak hijack lori tersebut dan makan semua aiskrim dalam tu
b) kerap kali merasa tidak selesa selepas menghabiskan makanan tersebut, baik secara fizikal atau emosional, dan mengeluarkannya semua, baik secara paksa atau secara tidak langsung (penggunaan julap, jolok tekak sampai muntah, dll), untuk mengelakkan berat badan naik,
c) mengulang kelakuan (a) dan (b) sekurang2nya 2 kali seminggu dalam masa tiga (3) bulan,
d) terlalu amik hirau@pusing tentang bentuk badan dan berat badan mereka.

Penghidap bulimia biasanya kelihatan normal. Berat badan mereka normal, mcm juga orang lain. Mereka hanya boleh dikesan dengan sifat2 dan karekter tertentu sahaja. Contohnya:

1) mempunyai gigi yang enamelnya banyak yang reput - sebab kena asid dari dalam perut
2) lidah bahagian depan kurang berfungsi - jadi mereka mudah untuk makan makanan manis dalam kuantiti yang banyak
3) kelenjar liur rosak akibat serangan asid berlebihan
4) selalu sakit di bahagian perut, abdomen atas,
5) sakit hempedu - pankreatitis
6) kebergantungan pada julap untuk buang air, kalau tak makan julap takleh buang air
7) selalu sawan (sebab garam dalam makanan dipaksa kuar bila muntah, badan tak dapat nak serap masuk dalam tisu2 otot), dan otot juga sering rasa mcm lemah, tak kuat

kenapa jadi macam ni?

Dari aspek sociocultural, anda mungkin dibesarkan dalam suasana yang mengagungkan orang yang slim. Ha, jangan ingat perempuan aje, lelaki pun sama. Lelaki biasanya akan terpengaruh dengan iklan2 gambar2 lelaki yang muscular. Jadi, mereka bersenam berlebih2an, pada mulanya untuk buang lemak, tapi akhirnya kena lak bulimia ni. Media pun ada salah juga - terlalu tonjolkan idea bahawa orang yang diterima dalam masyarakat adalah orang yang slim
Dari aspek psychosocial, orang yang menghidapi bulimia, biasanya adalah mereka yang terlibat dalam program diet yang terlalu ketat dan tak fleksibel. Takut berat naik, dan sering tak puas hati dengan bentuk badan, adalah ciri yang paling ketara.
Mereka juga adalah orang yang perfectionist, dan berfikir dengan hanya dua ekstrim - hitam atau putih.
Keluarga juga memainkan peranan yang penting. Dalam banyak kes, keluarga penghidap dulunya, adalah keluarga yang sering menghukum anak mereka dengan menghalang mereka dari menikmati makanan, sebagai denda.
Dari aspek biologikal, penghidap bulimia memiliki kadar serotonin yang lain dari orang kebanyakan. Dalam aspek genetik pula, kembar monozigot memiliki lebih kebarangkalian untuk sama2 menghidap bulimia, berbanding kembar dwizigot.


Cara pencegahan paling efisyen
1) ikuti terapi Cognitive Behavioural Therapy (CBT). ia lebih bagus dari makan ubat antidepressant, kerana takut akan jadi kebergantungan ubat. Dalam CBT, kita akan diajar untuk mengubah bentuk2 pemikiran yang salah. (Bagi pengamal CBT, merka berpendapat bahawa penyakit datang kerana pemikiran dan kepercayaan diri yang salah - jadi ia dibetulkan, dan penyakit akan pergi)
2)terapi interpersonal - mencari punca dan sebab sebenar kepada bulimia, dan menolong mereka membebaskan perasaan negatif disebalik punca tersebut.
Kepada anda yang ada kawan2 suspected with bulimia, jangan lupa untuk tolong mereka. Kerana bulimia merampas kebebasan manusia untuk menikmati rezeki Tuhan.

Dan, kerana kita bersaudara ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails