3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

17 July 2009

Suatu Pemergian

Lagu dari Sony E berkumandang melalui headset bass true reflex. Setelah hampir 2 jam melekat, tiba-tiba, lagu Decade menusup ke gegendang. Pudin? Jarang sangat dia call..

"Fahmi, ********* dah meninggal." Suatu suara yang sangat dikenali di hujung talian dalam nada yang tersekat dan sebak, seakan menghentikan gelombang otak dan ritma jantung saya.

Innalillah.

ya Allah, masukkanlah arwah dalam golongan yang kau rahmati kelak.

Berita pemergian sahabat rapat, biarpun baru sekali ini saya dengar, (sebab saya tak ramai sahabat yang benar-benar rapat), menyentak-nyentak hati.

Aduhai, semester lepas saya duduk makan semeja dengannya. Dia mengatakan lupusnya masih terkawal, dan ubatan yang dia ambil, tidak pernah tertinggal walau sehari pun.

Sehingga post ini ditulis, otak saya masih rasa kewujudannya. Tapi hati saya rasa terperosok.

p/s: sahabat, kalau kau sayangkan dia, doakanlah dia dalam setiap hujung solatmu. Kerana kita semua pasti pergi akhirnya.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails