Ais di Antartika. Sumber dari Google Getty Image |
Mulai hari ni, selain dari post tentang design, saya berazam dan akan fokus pada post berlabel "tahukah anda", "review movie", dan "review buku" .
"Tahukah Anda" akan banyak menyentuh isu atau idea yang mungkin kita pernah nak tahu, tapi tak tahu nak tanya atau bincang dengan siapa. Ia mungkin akan bermanfaat bagi pembaca yang gemar berfikir dan dapatkan input-input baru.
Bagi pembaca yang tak berapa gemar, mungkin label entry yang ini, akan membantu anda sedikit sebanyak dalam assignment atau kerja rumah sekolah anda. (Huiyo, bestnya!! - yup, memang best)
Kadang-kadang kita mungkin terfikir,sebetulnya, kalau ais di kutub utara dan selatan mencair, benarkah paras air laut akan naik? Kalau anda nak tahu, memang bukan anda seorang yang fikir begitu. Sebab saya masih berfikir jawapan untuk soalan yang sama sejak 2 tahun lepas.
Baru hari ini saya belajar, rupanya , bukan pencairan ais yang bakal menaikkan paras air laut Bumi.
Kenapa?
Yang sebetulnya, ais di kutub utara dan selatan suhunya adalah -37 darjah celcius. Kenaikan suhu akibat pemanasan global akan meningkatkan setengah celcius. Dan perubahan setengah darjah ini tidak akan mencairkan ais dan menaikkan paras air laut dengan mendadak.
Dari teori pemanasan global, ia mengatakan iceberg yang mencair , akan meningkatkan paras air laut di seluruh dunia.
Yang sebetulnya, kawasan terbesar yang diselaputi ais adalah Antartika di Kutub Selatan, dengan hampir 90 peratus ais Bumi terletak di situ. Dengan purata selaputan ais sedalam 2133 meter, atau, 7,000 kaki tebalnya, pencairan air di sini bakal meningkatkan para air laut seluruh dunia sebanyak 61 meter. Atau 200 kaki.
Purata suhu Antartika adalah -37°C, Jadi ais di sana tak akan cair. Di kebanyakan bahagiannya juga, tak pernah suhunya mengatasi takat beku.
Tapi, jika kita katakan paras air laut akan naik, ia akan naik tapi BUKAN KERANA AIS CAIR.
Ia akan naik kerana suhu air laut itu sendiri yang naik. Ini kerana, ketumpatan air laut optima nya adalah pada 4 darjah celcius. Apabila suhu naik lebih dari itu, barulah paras air laut akan naik.
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!