Entri RT untuk AmalinaZainal.com : Internet Free AKA Curi Line
Kecurian WiFi atau Wifi piggybacking, saya lihat seumpama pembuangan sampah merata-rata walaupun depan ada tong sampah.
(Kenapa pula Fahmi?)
Sebab, saya lihat agak ramai orang yang melakukannya walaupun telah belajar moral, akhlak atau etika tentang kebersihan. Tak kisahlah di mana, atau sampah jenis apa sekali pun.
Begitu juga tentang WiFi. Tidak kira apa pun caranya, andai WiFi tadi sah-sah bukanlah WiFi untuk kegunaan public (contohnya di shopping complex), menggunakan WiFi orang lain tanpa kebenaran adalah satu isu yang perlu kita ambil perhatian, sebenarnya.
Bagaimana Ia Berlaku
Kecurian WiFi dikesan apabila kita perasan perubahan pada kelajuan. Begitu juga lampu modem bahagian Data yang berkelip-kelip walaupun kita telah mematikan komputer, laptop atau peranti pintar kita yang lain.WiFi dianggap telah dicuri apabila seseorang masuk menggunakan WiFi kita tanpa izin atau pengetahuan kita. Jangan salah sangka pula, kerana ia tentunya berbeza dengan Wifi yang memang disediakan untuk kemudahan awam.
Biasanya, penggunaan WiFi router yang disambungkan pada Streamyx menjadi sasaran kerana jumlah bandwidth yang lebih besar, dengan anggapan, 'amik sikit bukan luak pun''.
Kadangkala, kecuaian pemilik modem Wifi itu sendiri yang mengakibatkan kecurian Wifinya berlaku. Ini termasuklah gagal memastikan network Key nya secure, ATAU menggunakan gabungan network key default dengan alasan malas atau enggan mengambil risiko belajar sesuatu yang baru.
Bagaimana Mencegahnya
(Backup detail modem anda sebelum lakukan semua ni ok?)1) Menukar Network Key
Jika anda menggunakan modem Wifi Streamyx, anda perlu masuk ke 192.168.1.1 pada browser anda, dengan username dan password yang sama, iaitu tmadmin
Dari sini, anda harus ke bahagian Wireless > Security. Terdapat sehingga 4 pilihan untuk network key yang boleh anda tukar-tukarkan mengikut kekerapan anda. Apa yang anda perlu buat, hanya, isikan network key yang berbaki 3 di situ, dengan gabungan huruf dan nombor sebanyak 13 character kesemuanya.
Pada waktu-waktu yang anda tetapkan, anda hanya perlu memilih network key yang anda suka untuk diaktifkan, semudah memilih nombor 1-4 tadi.
Default number untuk pilihan ini adalah 1, dan ia merujuk kepada current network key anda. =)
2) Menukar sistem sekuriti WiFi
Anda boleh samada menggunakan penukaran sistem enkripsi dari 64 kepada 128 bit, atau melakukan konfigurasi WPA.
Untuk kedua-dua penukaran, menu Streamyx yang anda perlu perhatikan adalah pada bahagian
3)Limit dan Privatekan WiFi anda
MAC address dan IP yang boleh menggunakan WiFi anda haruslah diperiksa dan dikenal pasti. Untuk ini, anda boleh ke bahagian DHCP > LAN atau WLAN, perhatikan pada IP.
Seharusnya, IP yang ada di situ hanyalah IP anda dan orang yang anda kenali sahaja.
Begitu juga dengan MAC address. Anda hanya perlu pastikan MAC address komputer, telefon pintar atau peranti lain, adalah MAC adress kepunyaan anda dan orang yang anda benarkan sahaja.
Untuk periksa MAC address ini, dalam computer, andainya anda Win 7 User,
anda tekan Start, taip cmd, Enter. Kemudian taipkan ipconfig , sebelum anda mencari MAC Wifi Adapter anda. Jika anda masuk melalui kabel anda sendiri, untuk ke Access Point Streamyx tadi, cari MAC Address Untuk Local Connection anda.
Untuk telefon pintar, ia bergantung kepada sistem. Pengguna Android biasanya boleh mengetahuinya melalui Phone Status > Wifi MAC Address dalam About Phone.
4) Offkan Channel Broadcasting
Anda hanya perlu ke bahagian channel. Di sini, anda akan nampak Auto sebagai default. Anda boleh limitkan pada 1 atau 2 channel, dengan memilih nombor , bergantung pada kemahuan dan keperluan WiFi anda. Penggunaan Auto akan menyebabkan bandwidth anda dipecah-pecahkan mengikut jumlah peranti atau komputer yang terhubung pada wifi anda. Lebih banyak nombor, lebih perlahanlah kelajuan WiFi anda. =)
Dengan cara manual setting seperti ini, anda mungkin kelihatan memilih untuk benar-benar 'kedekut' tapi dalam masa yang sama 'menyelamatkan' diri anda sendiri.
p/s: Psstt3.... Cara paling mudah, offkan Wifi Router selepas tiap kali guna WiFi. Sempoi! :D
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!