11 December 2011

Tahukah Anda : Gerhana

Assalamualaikum pembaca sekalian =) Tentu ramai juga yang berkesempatan tengok gerhana malam tadi, kan? Bagi yang berada di pantai, tentulah lebih cantik. Tak kurang yang tag photo di Facebook untuk Gerhana.

Tahukah anda, kaitan antara gerhana dan purnama?
(Apa dia , Fahmi?)


Bagi yang jiwang (adehhh), purnama adalah entiti yang selalu digunakan sebagai simili seorang yang cantik, kacak.

Nabi Junjungan kita turut digambarkan sebagai purnama, dalam selawat yang kita baca bila menyambut akikah, cukur rambut + tahnik, walimah ( di sesetengah tempat, misalnya), dalam kata-kata 'anta shamsun anta badrun."


(Badrun bermaksud bulan purnama. Qamar adalah bulan, Munir adalah bulan yang sangat bercahaya. Hilal adalah bulan sabit. Adehh.. ape yang kau membebel ni Fahmi, orang tak tanya pun)



Tapi gerhana, siapa pula yang akan dijadikan similinya?
:D
Gerhana Bulan : credit buat greenboc.blogspot.com


Dalam kesusasteraan Melayu, gerhana pernah dikaitkan dengan kuasa yang hilang.
Dalam kesusateraan China, gerhana melambangkan perkara yang lebih kurang sama, dan tak kurang juga mitos naga yang menelan matahari (untuk gerhana mataharilah), sebab tu mereka buat bunyi bising , contohnya dengan fireworks, untuk menghalau naga secepat mungkin.

Dalam kesusasteraan Jepun, gerhana melambangkan perubahan alam yang tidak diketahui.

Dalam series Heroes, superhero dan  villain kuasa mereka diaktifkan apabila gerhana matahari berlaku. (haihhh, sempat lagi kao Fahmi, kalau satu hari tak sci-fi,  tak boleh ke? - Errr~)

Apa pun, gerhana adalah satu fenomena luar biasa , yang bukan acara jubliperak atau jubliemas.
Gerhana juga bukanlah sesuatu yang harus ditakuti (meskipun kita akan takut pada perkara yang kita tak tahu).

Seperti bumi yang mengalami perubahan pasang - surut terhebat sewaktu gerhana, gerhana turut memiliki kesan pada manusia.

Manusia juga punya kandungan air, maka perubahan komposisi air sewaktu  gerhana mungkin hanya dapat dirasakan oleh mereka yang betul-betul sensitif.

(Perubahan apa, Fahmi?)

Perubahan air mampu mengakibatkan perubahan biokimia dalam otak, yang mampu mengubah aliran dan kawasan aktif pemikiran. Kenapa? Air juga berada dalam otak kita.
Air yang terkandung dalam plasma darah, juga mampu terkesan dengan situasi ini.
Bergantung pada situasi dan perspektif kita, perubahan ini mungkin negatif dari positifnya.

Sebab itu rasional sunnnah disebalik solat sunat gerhana bulan melamakan rukuk, bukan sujud dan tempoh berdiri.

Apabila kita melamakan rukuk, posisi air dalam badan dari tulang belakang ke otak, di seimbangkan, atau diratakan. Pengaruh tarikan graviti bulan akan dicancel-outkan, berbanding jika kita sujud (air dalam badan ditarik lebih rapat menyentuh tanah) dan ketika kita berdiri (air mampu ditarik lebih ke atas, lebih dekat ke arah tarikan bulan).

(mengikut kaifiyat atau cara solat sunah gerhana / Khusufi cara extended, sunnah rukuk adalah rukuk yang pertama > rukuk yang kedua > rukuk yang ketiga > rukuk yang keempat. )

Bacaan tasbih ruku' biasa iaitu "subhana rabbi al-aziimi wabihamdihi" dibaca sekitar masa untuk bacaan 100 ayat surah al Baqarah untuk ruku' pertama, dan berkurang kepada 80 ayat buat rukuk kedua, 60 dan 40 ayat buat rukuk ketiga dan keempat.

Berlama-lama dalam rukuk disunatkan dalam solat sunat gerhana, berbanding dalam solat sunat dan wajib lain, yang sunahnya dilamakan dalam sujud.
Dalam surah Fussilat, ayat 32, Allah memperingatkan manusia, walau bakal bagaimana kagumnya manusia pada bulan yang gerhana, "janganlah kamu sujud pada bulan dan matahari yang kamu kagumi itu, tapi sujudlah pada Tuhan yang menciptakannya, jika kamu betul-betul merasa itulah Tuhan yang kamu sembah"


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
rugi mla td,,, x dpt tgok gerhana,,,,, bulan x mncul2.... gelap je.....
My recent post blog baru.......
1 reply · active 694 weeks ago
la nape tak dpt tengok pulak. oo sebab mendung la kut? tapi mmg time gerhana gelap pun..~ da terlambat agaknya time tu ye rafi=)
ala malam td y terlupa n tak pi tengok pun. sayangnya. next is on 2014 kan. so tunggu 2014 lg lah untuk tengok bulan penuh lg.. :)
1 reply · active 694 weeks ago
moga2 dpt tengok ye namee, 2014~ =) saya tak pasti bila dp tgk, sbb last time tegk waktu sekolah rendah dulu, tahun1995~
good info. kat blog sy pun ada info pasal gerhana!
1 reply · active 694 weeks ago
tanda kiamat pun betul gak, mcm entri blog innanie tu. =) ada hadith mention ttg ni..~
sebiru laut's avatar

sebiru laut · 694 weeks ago

entri y mnarik n bgus skali....klu ma bole tmbah skt...;)..Dari Aisyah r.a: Pada zaman Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu baginda pergi ke masjid dan orang-orang pun berbaris di belakang baginda, kemudian baginda bertakbir. Rasulullah s.a.w membaca dengan bacaan yang panjang. Lantas bertakbir dan melakukan rukuk yang panjang. Kemudian baginda mengucap: "سمع الله لمن حمده". Lalu bangkit dan tidak melakukan sujud. Setelah itu baginda membaca bacaan yang panjang, namun tidak sepanjang bacaan yang pertama. Kemudian bertakbir lalu melakukan rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sepanjang rukuk yang pertama. Setelah itu baginda mengucap: "سمع الله لمن حمده, ربنا و لك الحمد" Kemudian baginda sujud. Pada rakaat kedua, baginda melakukan seperti pada rakaat pertama.
Hingga beliau juga melakukan empat rukuk dalam empat sujud dan matahari pun telah tampak kembali sebelum beliau selesai.
(H.R. Bukhari)
1 reply · active 694 weeks ago
agree, ma~ =) tq sudi singgah n komen blog fahmi, rajin ma.. =)

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails