3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

06 December 2006

Fikir-fikirkanlah :)

Salam pertemuan semula.

Setelah hampir sebulan lebih penulis “mengghaibkan diri”, kini penulis kembali semula untuk mengetuk minda dan hati anda, hati kita semua. Harap2 anda semua masih dalam lindungan Ilahi, dan sihat2 belaka.

Isu yang paling hangat diperkatakan sekarang: Rufaqa’.

Tapi, apakah pendirian anda terhadap organisasi ini, ketepikan dulu. Bukan kerana penulis tidak mahu mendengarnya (mmg penulis tidak dapat mendengar kata2 anda, melainkan anda meninggalkan komen di ruangan komentar). Tetapi, kerana apa yang penulis ingin sentuh bukanlah penulis ingin bermain tikam-perang-serang lidah, jadi, penulis ingin mengajak anda semua berfikir dari aspek yang lain tentang Rufaqa’ (yang mungkin anda juga pernah terfikir atau sekurang2nya terdengar dari orang lain).

Selepas puluhan tahun DEB diperkenalkan, ekuiti Melayu masih hanya 18.9%, dan ekuiti ini tidak meningkat pun dari tahun ke tahun.

Usahawan2 Melayu masih dengan mentality aku-jual-kat-orang-kaya-je, kelompok masyarakat Melayu dengan PhD (philosophy of hasad and dengki), dan kebanyakan Melayu, hartanya berlegar2 cuma di tembolok sendiri, dan kroni2 mereka.

Dasar kapitalisme menyebabkan jurang kemiskinan dalam masyarakat Melayu semakin melebar, yang kaya semakin kaya, dan yang miskin semakin tersepit. (terima kasih untuk penerbit Bersamamu TV3, kerana menyedarkan ramai orang tentang hakikat ini melalui rancangannya.)

Dan dalam kebengikan masyarakat Melayu, baik korporat mahupun marhaen, muncul satu organisasi, yang permulaan perniagaannya disumbangkan oleh kelompok masyarakat, namun kini telah pun memiliki asset 700 premis perniagaan di lebih dari 10 buah Negara islam dan bukan Islam. Mereka menerobos masuk ke dalam industri perhotelan, resort, pertanian, hiburan, dengan konsep mereka yang tersendiri.

Mereka lambang kepada komuniti usahawan melayu Islam yang berjaya. Tidak banyak (atau mungkin sebenarnya tidak ada langsung) usahawan Melayu yang islamnya bergerak bergandingan dengan usaha perniagaannya. Realiti ini tidaklah patut dibiar berlegar di luar kotak fikiran orang Melayu saja khasnya , dan masyarakat Malaysia amnya. Inilah realiti yang sebenarnya menjadi idaman kelompok masyarakat kebanyakan,-orang kaya yang tak sombong, dan agamanya tak tercicir di belakang, sedang “kesibukannya” (business) begitu gah sekali.

Mereka mengambil pendekatan dakwah Islam pada jalan kekuatan ekonomi. Mereka merintis hubungan baik dengan golongan2 korporat dan menarik golongan korporat yang dipencilkan oleh golongan ahli masjid dan masyarakat ini ke jalan kehidupan Islam. Program-program berbentuk ceramah motivasi agama diadakan bersempena function-function besar di hotel2 terkemuka, bagi menarik minat golongan ini.

Seperkara yang patut difikirkan bersama, tidak ada lagi industri atau perniagaan Melayu yang mampu bangkit semula dari kejatuhan dan mengumpulkan aset-aset ini dalam masa kurang dari 10 tahun. Sekiranya benar mereka ini berbuat perkara yang tidak baik, tidak elok dalam perniagaan mereka, mereka tidak akan dapat bertahan walau 3 tahun pun sebenarnya. Tapi mereka mampu untuk membangunkan dan membina semula empayar mereka. Adakah ini masih tidak cukup untuk membuka minda anda, minda kita semua?

Kisah yang lepas itu adalah kisah silam yang lama. Mereka telah lama bertaubat. Cerita-cerita tentang aurad muhammadiyyah, wasilah, itu semua adalah cerita lama. Amalan-amalan itu telah tiada. Yang ada cumalah seruan dan ajakan supaya kita kembali kepada fitrah cinta kita, yang maha menciptakan segala karya dan cerita cinta.

Sekiranya anda masih skeptis tentang soal akidah mereka, jangan dengar dan mudah percaya kata2 dari mulut orang, tetapi carilah mereka dan dengarlah dari mulut mereka sendiri. Ketepikan soal malu, marah, ragu, yang penting, anda tahu apa yang anda mahukan. Penjelasan mereka, itu yang anda mahukan bukan? Penulis juga pernah seperti anda, tetapi penulis tahu apa yang penulis mahukan, dan penulis masih lagi mencari kebenaran di sebalik kisah di dada akhbar tempatan. Tidak rugi mencari kebenaran daripada hanya bergantung pada suapan cerita-cerita yang cuba menyelindungkan.

Fikirkanlah.

7 comments:

mira said...

mira tak faham.. /:

Anonymous said...

rufaqa dikambing hitamkan utk kaburi isu murtad...pastu dok main tarik tali ngn asyaari yg tulis buku sokong islam hadhari...xpaham aku...

Fahmi Mahat said...

apa ya yang mira tak faham tu?
boleh cerita?abg cuba huraikan sket2 :)

Fahmi Mahat said...

Mekasih syahid_zul atas komen. :)

isu murtad mmg bukan isu yang biasa, tapi ia jadi biasa dan cuba diselindungkan kerana ia ada melibatkan manipulasi dan penyelewengan pihak atasan negara. kebetulan Chinese dan beberapa orang perseorangan yan memang anti dengan ke"gah"an rufaqa, cuba menangguk di air keruh. sebetulnya negara ini adakah negara islam atau bukan, lihat saja dari kacamata mana yang digunakan oleh kerajaan untuk "melihat" rakyat dan masalah rakyat itu sendiri.

Anonymous said...

seolahnya kepentingan kerajaan itu dihadapankan drp kepentingan agama dan ummah...xpaham btul la dgn depa nih..huhu

Anonymous said...

seolahnya kepentingan kerajaan itu dihadapankan drp kepentingan agama dan ummah...xpaham btul la dgn depa nih..huhu

Anonymous said...

KEJAYAAN YANG LUAR BIASA
- sajak Abuya Ashaari Muhammad


Mendapat kemenangan tidak mesti berjaya

Berjaya tidak mesti mendapat kemenangan

Setiap satu masing-masing ada makna yang berbeza

Kalau menang bersama berjaya ia adalah luar biasa

Di dalam Islam berjaya selalunya dikaitkan dengan Akhirat

Kemenangan biasanya dikaitkan dengan apa yang berlaku di dunia

Di sini barulah kita faham berjaya lebih utama daripada kemenangan

Kerana itulah ada orang-orang Tuhan tidak menang dia berjaya

Kemanangan ditujukan kepada dunia, kejayaan ditujukan kepada Akhirat

Tapi berlaku juga kemenangan dan kejayaan berlaku keduanya

Di dunia mendapat kemenangan di Akhirat mendapat kejayaan

Apalah ertinya menang sahaja tapi tidak berjaya

Tidak menang pun tidak mengapa yang penting mendapat kejayaan di Akhirat sana

Para Rasul dan para Nabi di dunia ramai yang tidak menang

Tapi mereka di Akhirat tetap mendapat kejayaan di sana

Kalau kita terpaksa memilih satu daripada dua

Biarlah berjaya di Akhirat sekalipun tidak menang di dunia

Tidak menang di dunia bukanlah satu kesalahan

Tapi kalau tidak berjaya di Akhirat satu kesalahan dan mendapat hukuman

Kalau kedua-duanya diperolehi itu adalah kejayaan yang luarbiasa

wassalam dari:
KEBENARAN VS KEBATILAN

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails