3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 November 2006

tanpa kita, mereka tak punya apa....

Once a thief always a thief.

stigma lebih kurang inilah yang mengurung kita semua dalam ketakutan, kerana tak mampu untuk percaya pada orang yang pernah berbuat jahat pada kita. Tak kira samada kita terlibat secara langsung a tau tidak dalam keadaan tu.

sama juga hal nya dengan penagih dadah. mereka ditakuti walaupun setelah mereka bergelar bekas penagih.

takut penagih akan buat kacau lagi.
takut penagih akan rompak rumah mereka lagi.
takut penagih akan curi enjin bot nelayan mereka lagi.

walau mereka amat perlu sokongan masyarakat agar mereka boleh berhenti seratus peratus, tanpa perlu pergantungan kepada barua2 dadah ni..

tapi..

malangnya, sokongan itu, tidak diperolehi, walau dari ahli keluarga mereka sendiri. tentunya sedih sangat rasanya apabila keluarga yang diharapkan, untuk membela diri di mata masyarakat, sudah tidak dapat memberi naungan dan perlindungan, malah mengecaikan pengharapan yang dibina dua atau tiga tahun semasa di dalam tahanan.

di mana silapnya?

Adakah memang semuanya salah mereka, kerana terpengaruh dengan rakan sebaya?
adakah memang semuanya silap mereka, bila tak dapat cari jalan keluar dari masalah keluarga?

masyarakat tidak boleh disalahkan seratus peratus apabila mereka tidak memberi sokongan moral kepada bekas penagih yang baru saja keluar dari penjara atau pusat serenti, kerana mereka masih mempunyai satu stigma yang akan kekal hingga bila2, terhadap bekas penagih ini.masyarakat masih mahu melabel, kerana label itu membuatkan mereka berjaga2 terhadap bekas penagih ini.

iya, sapa yang mahu cd player keretanya dicuri oleh matpit2 ni...
sapa yang mahu rantai gelang emasnya dikebas oleh mereka2 ini...

sedang, apa yang bekas penagih ini semua perlukan, cumalah ruang dan kepercayaan...

kadang2 masyarakat sendiri menghukum keterlaluan. sudahlah dituduh, diancam buang kampung pula.. kerana sikap segelintir ahli masyarakat yang menjadikan penagih ini kambing hitam bagi kegiatan jahat mereka..

memang fitrah manusia, kesemua kebaikannya pada orang, memang boleh hilang dari pandangan mata hitam dan mata hati, bila dia tersilap langkah berbuat kejahatan, walau sekali...

apapun, hanya yang insan mengenal insani.. peluang itu masih perlu buat mereka, kerana tanpa kita, mereka ini tak punya apa...

(sebuah kisah dari kamal, sedara penulis, bukan nama sebenar)

1 comment:

mira said...

bukan saja menimpa penagih dadah, malah sesiapa saja yang pernah buat silap yang dianggap besar dalam hidup.

konsep asasnya sama. lihat titik hitam atas kertas putih. lihat tahi lalat atas sehelai kain putih. lihat pada kesalahan, bukan pada kebaikan.

dan... menilai dan menghukum seseorang menggunakan karma manusia, bukan pandangan Tuhan. kerna pada Dia, yang terbaik ialah yang beriman dan bertakwa. bukan nilaian sejarah seperti stigma majoriti kita pada hari ini.

jadi, berhentilah menyalahkan, tapi cuba untuk menjadikan setiap keadaan lebih baik ;)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails