Kebarangkalian untuk tidur lewat boleh dikurang sekiranya kita ada routine tidur, dan kurangkan high glisemic indexed food sebelum tidur. =)
Hasil dari kajian ke atas diri sendiri (yang mungkin bias juga), tahukah anda, mengambil air manis + kurma sebelum waktu tidur biasa, memang mampu mengubah kimia dalam kepala otak membuatkan anda berjaga.
tapi apa yang penting tentulah apa yang berlaku esoknya. :D
(what happened to you, Fahmi?)
Ketika saya on9 menghabiskan masa kerana tak boleh tidur, saya menemui habit lama yang saya dah lama tak buat kerana siang hari yang full dengan aktiviti berkreatif (baca: design flash content yang memenatkan kadangkala) : BlogWalk.
Dari blog walk, saya belajar 3 perkara malam ini.
1) Menangkap ikan di laut lepas , lebih mudah dari menangkap perasaan yang kabur dalam luahan kata , apatah lagi dalam tulisan. Tanpa intonasi , sebarang punctuation bakal buat maksud berubah terus.
2) Najwa (Latiff) dan Greyson (Chance) hanyalah satu contoh dari contoh yang sangat banyak, yang mungkin ada berkaitan dengan definisi rezeki : keberadaan pada tempat yang betul, dalam masa yang tepat. Dalam cerita yang lebih terperinci, jika channel Greyson Chance di Youtube bukan Greyson97 tapi
Paling penting, Youtube tidak dicipta pada tahun 1997 lagi. Andainya Greyson Chance lahir pada 1987, belum tentu dia bakal jadi seperti sekarang.
Tapi itu bukan alasan untuk kita mengatakan 'alah, itu dia, kita bukan tahu apa2. Nyanyi pun ke longkang."
Siapa kita untuk mengatakannya sebelum kita benar-benar mencari kelebihan dan keistimewaan kita sendiri, kan? =)
3) Menjadi orang yang baik (atau sekurang-kurangnya berusaha jadi baik) tidak bermakna anda harus menjadi pesimis, atau menjadi orang yang berpengalaman dalam memendam rasa marah + benci pada sesuatu yang tidak best.
Sometimes, diam mampu buat keadaan jadi lebih baik. Tapi bila diam tidak mampu menghasilkan natijah yang dikehendaki (contohnya, situasi makin teruk, cerita busuk makin tersebar,), apa lagi diamnya mulut-mulut jahat, kita haruslah bertindak membuat sesuatu sehinggalah diam itu capai maksudnya.
Dengan cara yang lebih baik, agar kita tidak menjadi sama low dengan orang yang mulut banyak tu.
p/s : pssst. Polis Johor pun ada FB page lah! Cool~ ;)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!