Kita mungkin rasa kita sudah betul menghormati orang lain dengan etika yang kita pelajari, tidak kira dalam mana aspek hidup sekalipun.
Etika berbicara.
Etika berbisnes dengan strangers , juga dengan orang yang dikenali.
Etika mencari ilmu
Etika melayan tetamu, musuh, kawan dan teman pada kawan.
Ya, walau betapa pun orang mengingatkan self-righteousnya kita tentang 'semua orang harus hidup dengan etika dan akhlak yang perlu', dan kita mungkin naik angin bila orang tak beretika, lagi-lagi dengan kita, :
Menegur orang yang beretika belum tentu bermakna orang yang menegur itu orang yang beretika.
Tapi itu semua adalah definisi dan explanation tentang etika dari kaca mata atau etimologi Barat, yang berasaskan dari sistem nilai mereka. Baik dari kantianism ( apa yang baik dilakukan adalah apa yang membawa kebaikan selepasnya, jika tidak, ia bukanlah kebaikan utama), utalitarianism (apa yang baik adalah apa2 yang memiliki fungsi kebaikan buat ramai orang, lebih ramai rasa ia baik, lebih baiklah sesuatu itu), dan 'isme' yang lain dalam sistem nilai mereka, kita akan sedar bahawa, sistem2 itu adalah:
Sistem nilai yang mengenepi elemen afterlife atau hidup selepas mati.
Sistem nilai yang membangun keperluan akal secara tuntas tanpa memfokus secara jitu kepada keperluan rohani, yang mengenepi sifat rohani yang mencari akidah untuk diimani.
Sudah tentulah kita tidak boleh complement diri kita dalam sistem nilai seperti ini. Disebabkan sistem nilai Islam disandar pada akidah dan rukun iman yang 6, mempercayai kehidupan selepas kehidupan sekarang, menjadi kunci betapa perlunya tegur menegur atas etika + akhlak yang tidak 'cara', kata orang Johor.
Kerana kita tahu, sifat Muslim itu mengambil tahu + mengambil berat Muslim yang lain. Andai ia tidak mampu mengambil tahu, tanpa prejudis, Muslim yang lain harus bertanyakan khabar.
Kerana itu, kita menegur sesama Muslim, dengan cara terbaik , (satu lagi definisi hikmah).
Cara paling mudah untuk kita, belum tentu mudah untuk orang lain.
Makanya, itulah penting budi bicara dan rasa hormat.
Bila hidup tiada budi bicara, hadapkanlah apa reasoning sekalipun, hormat berkuranglah nilainya.
Maka dengan itu, etika + akhlak dari Islam menuntut kita menghormati orang lain, dan memberi ruang budi bicara. Terpulanglah setelah untuk menilai intan-kaca.
Jom sambung kerja. =D
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!