29 December 2011

Atasilah Tekanan Anda

Assalamualaikummm  pembaca-pembaca InilahFahmi, apa khabar anda hari ni semuanyaaa~ :D

Harap-harap anda pembaca tak ada sangat yang tengah dalam tekanan ni.

Tekanan ni memang diperlukan dalam hidup, untuk membolehkan kita adapt dan memacukan perubahan hidup kita untuk pilihan lebih baik. Bukan apa, tekanan ni normal, setiap masa akan ada tekanan. Tapi ..kalau terlebih tekanan dan kita pulak time tu tak berapa nak sihat, atau ok, nanti jadi lain pula~

Sebelum tu, bagi readers + bloggers yang belum lagi join segmen FiveFave sempena akhir tahun 2011 ni, jom kita meriahkan sharing moment kita dengan entri kita  ni OK! =) Sambung semula cerita tentang tekanan~

Beza Tekanan dan Kesedihan
Tekanan adalah reaksi negatif kita ,  yang berpunca dari pemikiran dan persepsi kita, kepada perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Biasanya tekanan datang on-off, boleh diakibatkan oleh comparisons
yang tidak berapa sesuai, dan boleh menjadikan kita down.

Kesedihan pula adalah reaksi kita yang sepatutnya pada perkara yang melibatkan kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita, contohnya orang tersayang, harta tersayang, disahkan menghidap penyakit serius (hilang nikmat hidup berharga), breakup , atau perceraian (hilang kasih sayang). ia tidak melibatkan faulty thinking langsung, tak macam dalam tekanan.

Cara Terpantas Hilangkan Tekanan
Cara terpantas hilangkan tekanan tentulah bukan dengan ambil pil anti-depressant yang  boleh dibeli di farmasi2 tu. Bukan, bukan~ Tu cari penyakit namanya!

Cara terpantas hilangkan tekanan , contohnya adalah:
1) Libatkan diri dengan aktiviti bermatahari
Kenakan diri kita sebanyak mungkin dengan matahari, khasnya matahari pagi. Kajian dalam neuropsikologi menunjukkan, badan kita memerlukan beberapa ratus 'lux' (Unit bagi kecerahan cahaya Matahari) setiap hari bagi membolehkan circadian rhythm (kitaran yang mengawal masa tidur, emosi, dan kecergasan) kita kekal aktif dan sihat. Orang yang sihat emosinya jarang dilibatkan dalam tekanan yang tak berpatutan.

Kalau matahari pagi takde, matahari petang pun bolehh~

2) Tambahkan pengambilan makanan bertryptophan
Tryptophan adalah jenis makanan yang mampu menambahkan neurotransmitter jenis serotonin. Serotonin membolehkan kita mencapai ketenangan dan mind clarity. Orang yang tenang, jarang tertekan.
Antara makanan bertryptophan adalah makanan yang ada whey, dan soya.

Susu protein yang biasa diambil oleh pembina badan biasanya ada, boleh cek di bahagian kandungan.

Kalau anda tak kisah saya promote, Herbalife Protein Shake pun ada, sebab shake ni gabungkan Whey sikit dalam soya protein based shake mereka.  Boleh hubungi saya di Facebook untuk tempah satu, kita deal kat sana ok! =)

Kalau yang murah, sangat-sangat murah,  tempe lah, apa lagi!~ Singgit dua puluh sen dapat tempe untuk makan 5 potong, 10 potong kalau anda pandai hiris nipis ~ Untunglaaahhhhh! :D

3.Ubah Strategi Berfikir
Al Balkhi ('aalim psikologi Islam) yang kemudiannya ditiru oleh Aaron Beck (cognitive behaviour perspective founder lah sangat,) bersetuju bahawa orang yang tertekan biasanya cenderung berfikir negatif tentang diri mereka, dunia sekeliling mereka, dan juga masa akan datang.

Kita mungkin tak boleh kawal dunia sekeliling dan masa akan datang, tapi kita konfem boleh kawal diri kita sendiri. Betul, kan?

Jadi,  untung kurangkan tekanan, kita boleh belajar untuk let go fikiran negatif tentang diri kita, dengan self-acceptance yang lebih baik.

Terima dan acknowledge kelemahan kita, tanpa perlu directkan semua perkara tu jadi negatif pada kita.

Kurangkan comparison yang tak berapa perlu dan tak berapa simetri antara kita dengan orang lain.

Belajar memberi ruang pada diri sendiri, ruang bertendang bertenang dan ruang untuk memahami diri kita.

Takkanlah semua yang negatif tu jadi sebab kita., kan? Dan, takkanlah disebabkan satu kesalahan kita, kita nak lupakan semua kebaikan dan kegembiraan yang ada pada diri kita sebelum-sebelum ni, kan?

OK, cukuplah dulu buat masa ni. 3 tips, mudah2an kita cepat keluar dari tekanan. Dah nak tahun baru ni, kalau terasa tekanan, macamana kita nak ada azam yang lebih baik untuk tahun 2012? ^^




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails