3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

04 July 2006

Body Dysmorphic Disorder, satu penyakit personaliti

Ini adalah sejenis penyakit psikotik. Ia lebih dahsyat dari skizofrenia dan lebih dahsyat dari anorexia nervosa. Malah kedua2nya berkaitan dengan personality.

Body dismorphic disorder, atau dalam bahasa Melayu, disebut sebagai Penyakit Kesilapbentukan Tubuh, adalah ilusi merbahaya yang dialami oleh mereka yang merasakan tubuh badan dan penampilan mereka sangat2 tidak sempurna dan menakutkan orang yang melihatnya, sedang tubuh mereka sebenarnya elok2 saja.

Penulis telah saksikan tiga responden yang menghidap penyakit ini dalam rancangan talkshow Oprah di channel5 TCS Singapore pada 12 April 2006. Anda takkan percaya hingga anda melihatnya sendiri.

Responden pertama, Jenny, mengalami BDD yang teruk , tapi beliau tidak tahu dan tidak menyedarinya. Dengan kemampuan kewangan yang baik, obsessinya bertambah terhadap pembedahan plastik. Pada usia 28 tahun, Jenny telah melalui 26 pembedahan plastic, 5 kali untuk membentuk dagu, 3 untuk pembedahn liposuction (sedutan lemak di bahagian tubuh), dan ini tidak termasuk pembedahan untuk menaikkan rahang untuk kelihatan seperti Jennifer Aniston, menebalkan bibir seperti Angelina Pitt, menghaluskan kulit untuk kulit profilik seperti J.Lo, dan kesemuanya pembedahan plastik ini (istilah pendeknya ialah “surgy”), sudahg pasti mencecah ratus ribuan dollar, malah mungkin mencecah juta dollar US. Fuh, memang banyak!

Kini, beliau tertekan kerana saudaranya, dan rakan2nya hampir tidak mengenali beliau.

Setiap pagi, jenny bangun seawall 6.15 pagi dan membelek2 muka dan badannya sehingga 5 jam. Lebih memburukkan keadaan, Jenny turut mengalami was-was yang teruk. Apabila dia telah benar2 yakin untuk keluar rumah, sebaik sahaja dia menghampiri kereta, dia akan masuk ke dalam rumah semula.

Pesakit kedua, adalah seorang lelaki muda, yang merasakan dia melihat seekor “rasaksa yang mengerikan” apabila melihat ke dalam cermin. Penulis hamper tidak percaya apabila melihat wajah sebenarnya. Mak aih, terlalu hansamu! Dengan kening lebat yang halus, mata coklat yang besar, dan dagu yang terbentuk (ya, dia putih orangnya, biasalah orang putih) dia mempunyai bentuk muka yang seimbang dan sempurna!

Tapi John, merasakan yang dia mempunyai parut jerawat yang amat buruk (sedang parut penulis lebih teruk darinya.. :P ), mempunyai tangan yang uratnya tersembul, dan sepasang mata yang besar.

John bercerita pada penonton yang dia sering tertinggal parti2 yang dibuat oleh kawannya kerana mengambil masa terlalu lama untuk bersiap dan bila beliau sampai ke sana, parti dah pun tamat. Huu, kesian betul.

Dia mendapati dia mula merasa seperti itu sewaktu dia berusia 16 tahun. Ia bermula dengan penilaiannya yang ekstrem tentang bentuk badan dan tangannya, dan lama kelamaan ia melarat pada rupa mukanya.

Pesakit ketiga penulis miss, kerana penulis bersiap2 untuk ke masjid.

Ketiga2 mereka, menurut Dr Kathleen Williams, pakar psikologi klinikal yang menjadi pakar undangan, berpendapat bahawa mereka ini tidak mungkin menghidap penyakit itu hanya kerana obsess, sebaliknya berpendapat ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dan pengaruh genetik.

Di akhir rancangan, mereka disyorkan untuk mengurangkan jumlah cermin dan jumlah masa yang mereka ambil untuk bersiap di hadapan cermin, secara beransur-ansur. Mereka juga perlukan bimbingan kanunseling dan pakar psikoterapi.

Penulis memandang dari 2 aspek. Pertama, pada penyakit BDD dan kedua pada rancangan tersebut..

Pertama: BDD adalah penyakit, yang pada penulis, terjadi lebih dari sekadar rasa tidak bersyukur pada ciptaan Tuhan pada diri mereka. Penulis meraskan yang ia adalah sesuatu yang tidak adil untuk kita katakan,
“isy, tak tau bersyukur langsung!” sedang kita tak pernah mengalami atau merasakan penderitaan yang mereka tanggung.

Kedua: Oprah, adalah rancangan yang sangat bagus. Pengendaliannya professional, personalitinya menarik, dan penonton di rumah mudah untuk merasakan “parasocial relationship” itu wujud antara mereka dengan Oprah. Sungguh bertuah mereka yang dapat berbual semeja dengannya, penulis kira. Harap2nya di Malaysia akan ada program sebaik Oprah, yang sedang kita rintiskan jalan ke arahnya, dengan Aznil Hj Nawawi dan Chef Wan.

5 comments:

mira said...

salam.

ustaz maszlee kata, orang semacam ini perlu buat sesuatu dengan hati mereka, bukan dengan penampilan luaran mereka.

"nak bedah sekali je, sekaliiii je..."

macamlah lepas tu boleh terus puas hati. dah ada yang permata, tentu ada yang kedua. sebab hati mereka yang tak betul.

tengok iklan ubat jerawat.

"alamak, jerawat, macam mana nak ke parti kawan ni..."

provokasi nak melariskan produk. kita yang anggap jerawat itu 'berbahaya' dan sangat mempengaruhi hubungan sosial kita pula terpengaruh dan cari penyelesaian pada masalah jerawat tu.

padahal orang lain tak kisah, malah agaknya tak perasan pun.

u r rite. keyakinan pada diri sendiri adalah kecantikan yang paling asli dan yang paling baik.

Fahmi Mahat said...

anjing, makhluk yang sering dihina, kerana sifatnya yang haram dipegang (walau ulama berbeza pendapat).. tapi ramai yang lupa dan tak sedar bahawa ia masih,hingga kini, makhluk Allah juga yang berhak disayangi..

Saya suka bila masri kaitkan sentuh anjing dengan isu pegang tangan bukan muhrim. saya pun ada sentuh tentang isu ni dari aspek psikologi classical conditioning di blog saya (jemputlah lawat entry kedua terakhir), dan saya suka cara masri sentuh isu itu.

Masri, blog nta dan nta boleh pegi jauh lagi.

Ada minat untuk menulis menda2 mcm ni? boleh contact kak mira, saya, atau terus ke orang dalam, Abang Fauzul di PTS. klu minat boleh emel kami atau pada abang fauzul sendiri di fauzuln@ptsmillennia.com atau fauzuln@pts.com.my. :)

selamat berkarya dan salam ukhuwwah! :)

mira said...

eh, kenapa cakap dengan masri di sini pula? /:)

Fahmi Mahat said...

silap hantar komen lah.. :P

Anonymous said...

aku pengidap skizofernia..sesiapa kat sini yang ada penyakit ni?...
BUkan apa..leh kongsi pengalaman masa ditimpa penyakit nih.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails