07 July 2006

Hadirnya Sebuah Harapan

Harapan memang indah.

Harapan memang payah.

Harapan memberi kekuatan.. untuk meneruskan segala, sedang realitinya mengongkong, tak memberi ruang untuk apa2 di tengahnya..

Salah kah kita berharap?

Perlukah kita menyalahkan mereka yang berharap,dan terus mematikan harapan dengan menjadi mereka2 yang tak punya apa2 harapan..

Sedang syurga dan neraka juga adalah harapan yang pasti ada.. dan pasti dapat salah satunya.

Sedang Allah menyediakan kita ruang untuk berharap dengan dosa dan pahala, mengapa kita pandai-pandai mengatakan berharap itu satu kesalahan?

Malah, pandai-pandai membenci untuk berharap, dan tak ingin langsung untuk berharap atau memberi harapan pada manusia lain?

Tak perlu penulis katakan yang penulis ini prejudis atau pro pada harapan. Kerana pada penulis, ia sama sahaja seperti mengatakan nasi itu perlu atau tidak perlu untuk di makan. sedang hakikatnya kalau orang tak makan nasi, dia tak mati pun (sebab dia boleh makan mi atau roti).

Tapi harapan memberikan semangat pada seseorang untuk terus berusaha mencapai matlamatnya. Salahkah kalau kita mengatakan bahawa harapan itu suatu yang positif?

Oleh itu, janganlah kita berhenti berharap... dan janganlah kita benci untuk berharap ,atau membenci orang yang memberikan kita harapan...

Kerana, harapan itu adalah luahan hati yang inginkan pencapaian matlamat dan realisasi kehidupan.

6 comments:

mira said...

dah mula cuba berharap ya?

sebab dulu, pernah ingat fami kata tak suka berharap. takut tak dapat :p

Fahmi Mahat said...

berharap membolehkan seorang Muslim berdoa.

berharap membinasakan rasa putus asa pada Tuhan dan manusia.

berharap mengagungkan Tuhan sebagai Dia yang mendengar segala rintihan.

jangan berhenti berharap, mira..

jangan.

pesan pada din juga.ya?

mira said...

pesan la sendiri :p

tapi tak rasa dia dah berhenti berharap. sebab tu leh survive sampai sekarang :)

Fahmi Mahat said...

survive bergantung pada harapan ke?
boleh ke manusia terus survive tanpa harapan?
sedang harapan yang membolehkan kita terus survive..

mira said...

sebab tu, every person yang masih ada 'kerja' dan masih buat 'kerja' pasti ada point to achieve. kerna harapan masih ada. tak kiralah apa harapan itu.

tanpa harapan, manusia seperti tak bernyawa. zombieee... :p

harapan juga ialah iman, kan? ;)

Fahmi Mahat said...

kita tak beriman pada harapan..tapi iman akan membuahkan harapan..
harapan untuk ke syurga,
dan untuk tidak ke neraka..

itulah setinggi2 harapan iman saudagar. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails