12 July 2006

Apa Yang Kau Tahu ??!!

apa yang kau tahu tentang hidup?
apa yang kau tahu tentang budak sekolah rendah yang sudah pandai merogol?
apa yang kau tahu tentang bapak yang perkosa anak sendiri?
apa yang kau tahu tentang si ibu yang berzina di depan mata zuriatnya sendiri?
apa yang kau tahu tentang muda mudi yang memurahkan maruah mereka?
apa yang kau tahu tentang lubuk tupah?
apa yang kau tahu tentang nilai sehelai tudung?
apa nilai peluk cium?
apa nilai aurat?
nilai dara?
nilai seorang bayi?
kenapa ke tong sampah?
di mana manusia dan kemanusiaan?
sedang kau di dalam kepompong selesa, bersama kawan, berhibur, berseronok dan sibuk dengan piala dunia
tanpa pernah terfikir apa yang terjadi kepada jiran sebelah, tetangga dan anak bangsa sendiri.
sudah makankah?
sudah solatkah?
hidup atau matikah?
atau sudah murtadkah?
dan kau pula masih di kepompong itu lagi, bersama isme-isme ciptaan sendiri,
untuk kegunaan mengangkat bakul sendiri,
melaungkan aku lah yang paling ilmu di kalangan kamu,
sedang dunia semakin menghitam.
sudah terngadah,
lalu tersedar,
aku cuba menjenguk keluar kepompong ku,
melihat kalau-kalau ada yang boleh aku bantu,
beritahulah aku,
sedarkanlah aku,
kita khalifah, bertugaslah kita..

saifullah_almaslul@yahoo.com
Gombak,
8 julai 06,
12 r/akhir 1427,
jam0048,
sedang merenung..

_______________________________________

dari sahabat maya, saifullah_almaslul. semoga kita sama2 ambil iktibar.

2 comments:

mira said...

kita yang di jalan sehala...

jika mereka berdosa, kita bukan tak kena tempiasnya.

dr danial, kit kombat islam:

"...pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman: “Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dari kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaanNya.” Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: “Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ‘adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang salih masih ada di kalangan kita?’ Nabi menjawab, ‘ya apabila kekejian berleluasa.”

Di dalam riwayat yang lain oleh Imam Tarmuzi, Nabi bersabda: “Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua.”"

Fahmi Mahat said...

tapi camana ya? smalam waktu saya solat, lepas solat, ada terfikir tentang sesuatu.

bila bersoal jawab dengan hati sendiri.. saya tertanya dan dpt jawapan dari diri sendiri.

kenapa diri sendiri rasa lemah, tak mampu nak marah, tapi sebaliknya cuma rasa sedih...

sebenarnya kerana kita yang pilih.

walau kita rasa sedih, kita boleh pilih untuk marah.

macam dalam cerita ni, semuanya berkaitan dgn snsitiviti kita pada islam.

kita boleh pilih samada kita nak jd someone yang tak ambil berat langsung tentang islam, atau nak jadi org yg care tentang islam dan muslim sekitar kita. tapi kita ambil consequencesnya skali lah..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails