3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 August 2008

Langkah Kian Panjang

Berjalan melihat jalan

Yang tercengkam

Kerana dua halangan

satu keegoan dua
kesempitan

Pahit kita tempuhi bersama

Tiada pernah dipinta

pernah dengar lagu ni? hmm... Nowseeheart, berjalan melihat dan mentafsir :)

Semalam, seharian berjalan mencari kembara diri, pada dua keegoan dan dua ketakutan (yang ni takde kaitan dengan lagu di atas, hehe), membuatkan saya akur pada kuasa Tuhan pada hambanya... alhamdulillah. :)

dua keegoan:
1) nak cari self - esteem 2) nak set new records for myself - record are meant to broken :P

dua ketakutan:
1) takut accident - bawak keta orang yg disewa 2) takut tak sampai awal dan tak dapat nak buat midterm - midterm arab kul 8.00 pm sharp

Saya bergerak pukul 10.30, setelah selesai memulangkan laptop yg telah dibetulkan pada kawan SRC. Kereta Satria Kuning Am memecut pada kelajuan 130-160 kmj, sebelum sampai ke uitm sri iskandar pada jam 1.30. 3 jam dari gombak ke sri iskandar (dekat2 dgn lumut, agak2 laju ke x ya? saya pun x tahu.)

Dalam perjalanan, saya sempat memikirkan beberapa perkara yang terlintas di fikiran saya.

1) kepenatan: barulah saya dapat rasa macamana penatnya orang travel dengan kereta. Dan baru saya tahu, betapa penatnya abah bawa kereta selama ni. Kesiannya.

2) keseronokan kelajuan: memandu dengan laju memang merbahaya, tetapi kenapa ramai orant buat? kerana ia buat kita rasa seronok dan lebih fokus pada pemanduan. Apa? tak percaya? hehe :P mestilah lebih fokus. Sebabnya, kalau bawa laju tapi tak fokus, tu la yang jadi bahaya.

3) budi bahasa: pentingnya berbudi bahasa dalam memotong dan memandu. Walaupun saya memandu di lorong paling kanan (sebab nak cepat), bila nampak kereta kat belakang dah rapat, kita masuk ler ke lane kedua sekejap. Tak elok buat orang marah, hehe~ :) then, bila nak potong, bagi la signal. Kan kan. :)

4) koordinasi mata dan tangan : baru saya dapat praktikkan apa yg saya belajar dulu - bila bawak kereta, mata kena selalu jeling 3 benda : a) meter (untuk maintain speed supaya x byk pakai minyak sgt) b) line kiri kanan jalan (allignment keta dengan jalan/lane, tak tgh atau tak tepi sgt) c) cermin sisi dan cermin belakang. (ni paling penting kut~)

5) fokus: bila mata dah fokus di jalan, deria lain kalau boleh tak diganggu sangat. Macam saya, bila pasang lagu, mesti pasang lagu yang saya boleh dengar, tapi takleh nyanyi (sbb tak hafal liriknya :p ). Bila tak leh nyanyi, kita akan just dengar tapi mata still boleh fokus pada jalan.

Saya gerak balik ke gombak start pukul 3.00 dan sampai kul 5.40. huhu~ >_<

petua2 nak kurangkan penggunaan minyak (petua jahat dan baik,ehehee) :

1) ikut belakang orang (ni serius jahat). Dengan ikut belakang orang, keta depan akan potong angin lebih, dan dia akan makan minyak lebih. Sebabnya, aliran angin untuk kereta dia akan jadi lebih panjang. Wahaha, jahatnya aku

2) constant speed. (petua baik) 120 kmj untuk first bar, klu constant speed and tahan sangat lama,boleh pergi sangat jauh. Cubalah. Saya cuba untuk 120kmj dan 140kmj. (tapi obviously yang 140 kmj tu lebih sekejap dari yang 12o kmj, sbb speeding kut~)

3) kurangkan berat kereta.

4) isi angin secukupnya.

5) nak buka tingkap, bukalah tingkap seminima mungkin. ini boleh kurangkan rintangan angin.

Hmm, tu je kut. :P

Dan malamnya pula, saya jawab midterm arab dengan mata yang mengantuk dan kaki yang lenguh mcm apa. Nasib tak guna kaki untuk menjawab, huhu~

Later. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails