3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 May 2012

Di sebalik Haramnya X Men

Northstar dan Aurora, kembar berkuasa.
Northstar, adalah satu daripada elemen LBGT yang muncul dalam komik kita hari ini.

Watak dalam siri X Men ini, dari volume tahun 1992 lagi menunjukkan ciri homoseksualnya yang tersendiri. Northstar, memiliki kuasa kelajuan dan penerbangan. Kuasa yang dicetuskan dari tenaga kinetik pergerakan molekul yang terlalu cepat dalam badan ini, turut membantunya menghasilkan cahaya seterang bintang (turut merujuk kepada NorthStar itu sendiri, bintang kejora) sebagai antara kuasa serangannya.

Dalam episode volume 1992, Northstar terharu kerana Colossus berjaga malam. menemaninya di wad  Northstar, yang ketika itu dirawat oleh Jean Grey, telah mengejutkan Colossus dengan soalan "adakah awak single, Colossus?", hingga Colossus bertukar mendadak menjadi besi.

Tidak lah keterlaluan jika , dengan status sosial sekarang ini, LBGT mahu dijadikan suatu yang tidak lagi taboo.

Mungkin bagi Marvel Comics, ini adalah masa yang paling sesuai untuk mereka teruskan langkah 'menormalkan' homoseksual dalam masyarakat dunia. Yalah, jika mereka teruskan dari tahun 1992, di Malaysia, homoseksual dalam akhbar adalah suatu yang sangat janggal.

Namun, 20 tahun selepas itu, janggal benar kalau tak nampak isu2 seksual atau homoseksual di Utusan Melayu. #troll

Dalam isu Irshad Manji, Ambiga, Anwar Ibrahim , Azmin Ali, Saiful Bukhari dan Najib Razak, LBGT itu thematic. hampir semua perkara kita nak kaitkan dengan seks.

Nampaklah kita kenapa Jabatan Fatwa Kebangsaan, mengeluarkan fatwa X Men itu haram.


Namun, bagi saya, andai tindakan pengharaman XMen semata-mata kerana tindakan yang nampak "mengikut sentimen", dan mahu menunjukkan betapanya 'anti'nya Islam dengan kelompok ini, dalam tempoh masa yang agak kacau bilau dengan tema LBGT, mungkin hanya akan menambahkan 'GAGlist' Malaysia di mata luar negara.

Selepas digelakkan dalam kes Bersih, kita mencipta satu lagi bahan ketawa.

Hakikatnya, penduduk di Malaysia bukan semuanya Islam. Dan  bukan semuanya melayu.

Majalah Komik Xmen itu bukan dibaca oleh remaja Islam sahaja. Ramai mana saja melayu yang baca komik X Men? Lainlah kalau Novel indie dan mainstream ye tak? (Trend membaca di kalangan Muda mUdi Melayu, memang meningkat tahun ke tahun. Tapi banyaknya berkisar di novel-novel semata. BAgus benarlah, kalau makin ramai yang beli buku ilmiah, dan mengkaji aliran-aliran idea yang baru..)

Kita faham, Jabatan Fatwa Kebangsaan tidak mahu itu mutasi gen dijadikan alasan untuk mana-mana individu yang  LBGT ini, memaksa masyarakat menerima diri mereka sebegitu rupa. Sebab, andai itu berlaku, LBGT akan tambah berleluasa atas alasan 'dah takdir kami begini, mutasi gen bukan pilihan kami'.

Dalam psikologi kejantinaan dan psikologi sosial sendiri, masyarakat sebenarnya sangat berperanan besar dalam mnentukan norma yang mereka pegangi.

Masyarakat yang menentu samada LBGT ini mereka terima, atau tidak.

Dan hakikatnya, melalui pendedahan kepada nilai positif berterusan, masyarakat mampu meminimakan LBGT dari terus jadi kelompok 'keliru dan mengelirukan' orang lain.

Dari yang ini, saya memang senada. Saya pernah ada kawan yang dipengaruh idea LBGT, namun berjaya dihentikan 'keterbawa-bawaan'nya itu, oleh kawan-kawan lain yang 'keras' dan berpengaruh dalam 'masyarakat' sekolah kami.

Dan kini mereka lelaki, ayah, ketua komuniti setempat, menjadi contoh yang baik.

Tidak ada mustahilnya.

TETAPI.

Kalaulah saya, saya lebih suka pada cadangan untuk kawal edisi X MEN bulan Julai dan edisi tertentu sahaja, yang diharamkan.

Khasnya pada edisi yang memaparkan 'isu LBGT'.


Mungkin kita boleh haramkan dari penjualan di premis komik di Malaysia sahaja. Kedai2 Komik di bukit bintang, di kedai buku Kinokuniya, Popular, tak perlu jual edisi kali ini. KDN boleh ambil tindakan pada mereka yang lawan.

Namun, Mereka yang minat, berkemampuan, dan bukan Muslim, boleh dapatkan secara online, atau di Singapura. Atau di Filipina. Jepun, mungkin?

Begitu juga edisi yang lain, tak perlu diharamkan.

Jadi, kita mencegah LBGT di Malaysia, secara sadduzzaraie'. Dan dalam masa yang sama, kita praktikal.

Ya, KDN akan perlu wujudkan unit lain untuk komik saja. Barulah kita betul-betul buat kerja. Bukan untuk orang lain. Untuk diri kita juga. Untuk anak-anak generasi kita juga.



Yang kekal tak berubah itu hanyalah waktu kematian.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails