19 May 2012

Kawan Kahwin

Klik Untuk Tumbesaran
Ziarah ke kenduri Aimir dan Azua di Setiawangsa pula hari ni.

Perjalanannya tidaklah begitu mencabar, namun agak spontan. Saya, kalau ikut perancangan, memang jalan sorang-sorang. Tapi mengenangkan kawan baik, saya pun ajak lah kawan-kawan gerak skali ke kenduri Aimir. boleh lah kami makan free ramai2 hari ini. :P

Rupanya memang ada jalan short cut kalau nak ke setiawangsa tanpa perlu lalu duke? Saya memang biasa kalau balik dari KL ke jalan tun razak dan tembus terus ke wangsa walk dari sana. Tapi saya memang tak tahu kalau dari wangsa walk pun boleh terus ke setiawangsa. Seronok nih. #eh?

Cari jalan ke wangsa walk > terus melepasi sri rampai > terus selepas sampai di simpang empat > terus lagi lepas nampak exit dari flyover > stay di kiri dan keluar dari lampu trafik > cari petronas > belok kiri > belok kiri lagi > sampai lah Dewan Serbaguna Setiawangsa




Kali terakhir saya ke sini, adalah dalam kereta Nor Azlan Mazli balik dari menghantar Afieratul Abidah (fierapirot) dan Anis (Riben Putih) dari Gathering Sahabat Blogger di Mid Valley, tahun 2011.

Aimir Maarof, hottest HOD (haha sorry Aimir, kawan kau yang cakap LOL) nampaknya semakin tinggi (dan makin lebar. #erk)

Seronok tengok kawan2 dah kahwin nih. Tinggal 3 orang sahaja dari batch kami yang belum kahwin, iaitu, saya, syahrul Anwar Zainuddin (kini di UK) dan Badri Kudos (baru ke UK :P )

Mungkin saya yang terakhir. Mungkin juga tak. #eh?
merenung masa depan kut depa nih :P


Ini antara gambar Aimir dan Azua di Bako, Sarawak (yang saya pandai2 Edit.) :D





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails