3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 May 2012

Sensasi Pemilikan

Sense of belonging, atau dalam bahasa Melayu nya, dipanggil rasa@sensasi dimiliki, atau memiliki, adalah salah satu dari pada asas kepada keperluan manusia yang perlu berkawan dan bersilaturrahim.

Kajian psikologi dalam teori triad motivasi manusia, menunjukkan manusia secara amnya memiliki 3 keperluan asas yang akan mendorong mereka menjadi motivated, untuk buat atau terlibat dalam satu perkara.

Keperluan tersebut adalah:
A) keperluan kepada kuasa
B) keperluan berinteraksi dan bersilaturrahim
c) keperluan kepada pencapaian

Dalam satu komuniti, baik online mahupun offline, T Shirt adalah salah satu daripada beberapa elemen penting yang mampu membuatkan peserta atau Geng komuniti merasa wujudnya 'keterikatan' antara sesama mereka.

T Shirt mungkin nampak remeh, atau pada setengah orang, nampak mahal. Tapi hakikatnya, proses penyediaan Tshirt dan natijah dari T Shirt tersebut membawa kita kepada kesan yang tidak mampu disangkal lagi : RASA KEBERSAMAAN.

Ini adalah peluang terbaik bagi komuniti-komuniti di luar sana, untuk mula serius dalam design tShirt bagi mewakili program dan komuniti setempat. Apatah lagi dengan harga yang sudah semakin murah, dan material yang semakin pelbagai, tidak seperti 8-10 tahun dahulu, T Shirt adalah satu bentuk promosi dan usaha mengeratkan hubungan sesama ahli yang baik.

Namun begitu, usaha 'menjelekitkan' ahli tidak lah harus berhenti di T Shirt sahaja. Program-program mini , contohnya gathering, masih harus diteruskan. :)

Terbaru, adalah T Shirt dari geng FB WeLoveArts. Saya baru sahaja terima tadi. Termasuk yang ini, setakat ini saya sudah ada tiga geng yang betul2 saya pernah dan masih pegang dalam hati.

Moga-moga saya terus kommit. InsyaAllah.

p/s: Jika anda mahukan design TShirt yang berkualiti dengan kain yang pelbagai, hubungilah saya di Facebook. Insyaaallah saya tolong takat mana yang mampu sampai anda puas hati. =)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails