17 May 2013

Quran dan Games


Jika Dunia adalah Permainan, maka sampai ke "Hari yang Akhir" dengan points terkumpul yang banyak adalah misi nya.

Dalam Quran banyak menyebut tentang sifat dunia. Antara sifat dunia yang jelas disebut adalah mengenai lahwun dan la'ibun.

Dan banyak juga yang disambung selepas ayat berkaitan sifat tersebut, adalah sifat akhirat sebagai sebaik-baik kehidupan, jika kita mendalaminya.

Jika ia cuba dikaitkan dengan apa yang saya dalami waktu dalam pengajian, permainan, atau Games, memiliki beberapa ciri penting yang mampu kita kaitkan dengan isu dalam Quran tadi.




Relatifnya Masa
Dalam games, sensasi masa yang dialami bersifat relatif. User atau pemain Avatar games, akan merasakan masa sama ada lebih pendek, atau lebih panjang, mengikut jenis game yang dimainkan. Games Racing membuatkan kita mengejar time extension, dan buatkan otak kira rasa masa bergerak lebih cepat dari biasa. Games Role Playing Games (RPG) pula sistem masanya lain, demi menaikkan Experience Point dan level up.  Games (multiple online role playing games (MORPG ) menggabungkan masa cepat, Experience Point dan Levelling Up.

Dalam dunia kita pula, masa yang dilalui dalam sehari akan terasa lebih cepat, sekiranya kita terlalu banyak kerja yang perlu dikejar dan disiapkan. Masa akan terasa lebih lambat apabila kita termenung tak buat apa-apa. sedang menunggu sesuatu.

Kekuatan Misi
Setiap Games, Campaign atau Time Attack, ada matlamat yang perlu disiapkan. Tanpanya, Games menjadi kurang bermakna. Setiap misi yang berjaya ditamatkan membolehkan EXPoint atau Coins meningkat.
Begitu juga dalam dunia sebenar. Secara psikologinya,setiap hari, kita perlukan misi sebagai push factor untuk kita terus bergerak ke hadapan. Tanpanya, kita akan hilang arah tuju.


Konsep Multiplayer
Dalam Games, yang menyediakan ciri berbilang pemain, kita boleh pilih sama ada Avatar kita menjadi Allies (Pakatan) kepada kawan-kawan kita, atau, kita jadi lawan kepada mereka.
Dalam dunia, kawan-kawan kita juga kita boleh pilih untuk kita bekerjasama dengan mereka, atau berlawan secara sihat dengan mereka.

apa yang jelas, dalam Games, kita tetap perlu sedar, sebaik mana prestasi dalam  games, kita akan offline dan keluar ke 'dunia sebenar manusia' kita. Maka itulah dunia terbaik untuk kita.Kerana, semua sense of achievement yang kita peroleh dari medals, trophies, coins dalam setiap games, akan kita bawa ke dunia luar , agar kita boleh terus survive di dunia luar, yang penuh dengan perkara yang bakal demotivate dan de-estimate self-concept kita.

Dalam konsep life-after-death, kita tetap perlu sedar, sebaik mana kita dalam dunia, kita akan offline dan keluar ke 'dunia selepas kehidupan' kita; akhirat. Maka itulah dunia terbaik untuk kita. Kerana kita akan perlu tetap konsisten kumpul kebaikan dan kurangkan dosa di dunia, untuk kita ada banyak modal di akhirat.

Kesimpulan.
Dunia adalah games kita untuk menuju ke akhirat. Terlalu banyak cabaran. Terlalu banyak helah dan godaan. Tapi terlalu banyak juga peluang untuk kita terus kumpul kebaikan dari peluang yang ada.

Jom topup sebelum Ramadhan kita mulakan.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails