3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

28 May 2013

Furious 6 : Garang Enam Kali


Kalau dulu Cakap Laju-laju 5 kali (Fast Five), sekarang jadi lah Garang Enam kali #motiff

Furious 6.

Yang Sebenarnya, Furious6 adalah nama manja untuk Fast Furious Franchise yang terbaru, lakonan, sub-arahan oleh vin Diesel dan Arahan Utama Justin Lin ni. Tapi anda semua mesti dah tahu semua perkara ni, terutamanya kipas susah mati Fast Furious.

(apa yang Best tentang Furious 6 kali ni, Fahmi?)

1) Letup, meletup, dan lagi banyak letupan
Pening oi, tengok skrin meletup sana sini. Letupan dalam cerita ini buatkan Iron Man 3 yang saya puji hari tu jadi macam cerita Marsupilami aje tak best langsung dah...


2)Teknologi khayalan baru
Flip Car yang diilhamkan dari kereta Grand Prix Le Mans (Schumacher, Baricello punya kereta semua2 tu) dengan teknologi besi flip + momentum + serangan titik graviti terendah kenderaan 4 roda, memang best. Unit auto-immobilizer PDRM mungkin boleh ada at least 4 biji untuk kejar dan terbalikkan kereta-kereta lumba kat shah alam, subang, cyberjaya and penang yang jenis tak makan saman ni. Inspira Eagle mungkin boleh ganti tempat lain. :D

3)Jalan Cerita Gabungan
Macam tengok semua Fast Furious cantum jadi satu, tapi tengok dalam 2 jam 10 minit sahaja. :D Hanya yang dah tengok saja, yang tahu, betapa heavennya perasaan itu.. hehe.

4)Stunt yang Gila
 Mana ada kereta kebal boleh gerak laju macam kereta Inspira @Evo? Mana nak cari Vin Diesel terbang mendatar ala-ala Kal El selamatkan Lois Lane Letty? Haa.. sebab itulah anda perlu tonton cerita ni.

5) Crew kedua yang Datang Dari Asia.
Baru ku tahu, rupanya, watak crew jahat, ada sorang tu , dari Indonesia. Joe Taslim. Memang pakar parkour (seni mempertahankan diri cum lompat2 bangunan dari France) . Memang cool habis!

Trivia :
>>Ada yang Hidup , dan ada yang Pergi
OH , sedihnya. Awek hot dah tak de cukup kuorum. Gisele yang dilakonkan model cum pelakon dari Israel Gal Gadot, meninggalkan buat seketika trilogy kali ini.
Yang menariknya, watak Letty bangkit dari kubur dimasukkan semula dalam timeline Furious 6. Tapi yang tak syoknya dah takde ingatan lampau lah pula.


Dah, apa buang masa lagi, jom, tengok Furious 6!

p/s: Apa agaknya nama sequel ke tujuh?

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails