3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 November 2011

DIY Memang Cool!

DIY atau do-it-yourself, atau setengah orang mungkin kata DIYOW (do it your own way), adalah satu cara lelaki lepaskan stress atau habiskan masa lapang yang tak-berapa-nak-lapang-tu dengan cara kreatif yang dorang suka.

Tahukah anda batang paip PVC mampu membina stand untuk penggantung baju yang cool?
Tahukah anda batang Paip PVC juga mampu membina partition untuk presentation anda?

Tahukah anda, bahan untuk menghasilkan lampu HID simple hanyalah RM10.00 sahaja (dan beratus2 lagi selebihnya adalah kos upah + masa kerja designer?)

(WAAAAHHHH??!!! Biar betul , Fahmi??)

Hehe.. jangan buat muka terkejut okay.. =)

Nak tahu manakah kedai DIY yang saya pernah dan selalu pergi?



1) Kedai EC DIY SHOP di Pagoh Jaya ^_^

Kedai ni agak baru lah juga, bulan Ogos baru buka. Di kedai ni saya pernah beli paip PVC untuk setup almari kain berzip. Almari ni saya simpankan baju yang bergosok, contohnya Baju Melayu, Baju Batik, Kemeja yang sangat mudah renyuk bila dilipat (jadi harus digantung), dan Blazer (macam banyak je, padahal baru satu). Almari asalnya roboh sebab maybe silap pasang. =)

Di kedai ini juga saya pernah beli remote control Astro yang saya modify untuk jadikan remote mende lain.. syhhh~ :D Pernah juga saya beli simple switch untuk buat wiring sendiri.~

Owner nya , Ah Fatt, pun okayyy~ :D



2) Mr DIY di Dataran Pahlawan
Kedai DIY ni memang ohsem abis , kalau korang nak tahu! :D (kenapa pulak,  Fahmi?)

Memang ohsem sebab kedai ni hampir semua barang yang wujud di kedai hinode ada di kedai ni pada harga yang lebih murah.

Lagi.. sebab barang autoparts memang ada kat sini dan murah berkali ganda. Agaknya boleh pitam kalau geng2 modding masuk tengok. Harga yang korang tengok di bengkel tu memang upah  ajelah + sewa kedai kot... =_=


Mention aje apa yang anda korang nak:  dari yang simple , macam carfit, lampu brake F1, sampailah ke stereng dan bulb HID (Hi Xenon), juga White LED , memang semua ada , meyh! Tinggal nak beli atau jek. =)

Barang elektrik, elektronik, memang kelassss! =D

Korang bila dah sampai nanti, jangan terkeliru antara supervisornya Faizul dan adiknya Faizal , okay? Nak tahu kenapa? .. Korang rasa kenapa? :D

Untuk DIY yang simple, biasanya kita boleh fikir sendiri . Tapi untuk DIY yang lebih kool (Baca : kompleks... =_= ) boleh rujuk di instructables.com. Macam-macam adaaaa~! :D

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat2, start kereta sekarang dan gerak lah ke sana. Hari pun masih panjang nih, masih sempat beli belah DIY.  :)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails