3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

24 November 2011

November yang Best

kalau Green Day ada lagu bertajuk Wake Me Up When September Ends, saya ada lagu bertajuk November's Good to Me. #poyolahpulak

(Stail baru review produk ke Fahmi?)
Perkara-perkara baik yang berlaku sepanjang November adalah:


1) Nasi Berlauk Asam Pedas yang super Best di Melaka

Ada dua tempat yang best , jika anda benar-benar Kaki Asam Pedas, dan kebetulan berada di Melaka.

Jika anda berada berhampiran Jusco Bandaraya Melaka, ada satu kedai makan yang sangat terkenal dengan asam pedasnya.

Jangan terkejut jika anda lihat saya makan di sana sambil menghirup kuah asam pedasnya bagai makan tomyam. ha3

Satu lagi tempat adalah dalam Food Court Dataran Pahlawan. kedai ini adalah  kedai kedua dari pintu masuk hadapan food court tadi, yang berhampiran dengan Rocking Music Animal (alah, yang masuk token tulah, den nak koba pun payah haiii). Asam pedas ini lebih baik dari kedai yang berada sedikit jauh di belakang. =)

2) Menemui Jalan Baru..
Jalan baru untuk ke pengkalan balak, dari AMJ, Lebuh raya pendek yang menghubung Melaka dan Johor, adalah :
teruskan perjalanan hingga ke Bertam, dan dari sini, akan ada dua jalan pilihan.
Jalan A: Terus sehingga anda sampai ke Penjara Melaka. Dan teruskanlah lagi perjalanan , anda akan sampai ke Pengkalan Balak.
Jalan B: dari Bertam, halakan perjalanan anda ke arah Kolej Kediaman UTEM Pulau Gadong, teruskan hingga nampak simpang tiga berlampu isyarat di hadapan, dan ambil belah kanan. Dari situ, teruskan perjalanan hingga ke Masjid Tanah, dan tak jauh dari situ akan ada tanda berpapan AKA papan tanda untuk anda ke Pengkalan Balak.

3)dan Overwrite Memori Lama
Memori lama dalam jalan sekitar sungai Udang, Port Dickson, dan Lebuh Raya Port Dickson Seremban akhirnya berjaya di overwrite. =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails