21 November 2011

Adventure of Tin Tin : Bukan Tin Biasa

Apakah Salji yang bergerak-gerak, menjerit, bijak dan kacak?



......


....

Tettt!!! harap maaf, anda telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan. hehe :D

jawapannya : Snowy (anjing Tin Tin)

Adventure of Tin tin adalah satu pengembaraan 3D yang saya kira sangat hebat, dari produksi Steven Spielberg dan Peter Jackson. Jangan lah pula kita bandingkan dengan Upin Ipin GENG: Pengembaraan Bermula kannn.. memang tak patut :)

(Kenapa , Fahmi? hebat sangat ke?)

Ya , ia memang SANGAT hebat!


1) 3D yang tersangat hampir dengan rupa manusia
Kali terakhir saya menonton filem kartun 3D yang sangat hampir dengan karekter manusia, adalah Monster Inc. Tapi ini mungkinlah dibantu dengan janaan CGi oleh sistem Steven Spielberg dengan Studionya tu  :D
2) peralihan kamera 2 sinematografik yang sangat kemas
kesan dari pengarahan Peter Jackson, seharusnya! :D
3) dialog yang mengesankan
Skrip yang menarik, haruslah, "when there's a wall, you push through it ! " :D banyak lagi sebetulnya, tapi anda haruslah tengok sendiri! p/s: sila sediakan buka nota sendiri, GSC tak bagi
4) lokasi menarik
Karaboudjan, Baggar, dan beberapa lokasi lain, ditambah dengan kapal, menjadikan ia hebat
5) ditonton dengan seseorang yang kebetulan memang suka sangat cerita kartun 3D!

dah2, gi prebook sekarang! :D




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails