23 November 2011

Mengaumlah dengan Berani

Bolasepak Malaysia mengalami evolusi yang baik dalam dekad terakhir ini. Soalnya, adakah kita benar-benar mampu merasakan kepentingan semua ini?

(Apa pentingnya kita semua ambil tahu tentang bolasepak negara sekarang, Fahmi?)














Ia penting kerana,
1) Buat kesekian kalinya, negara kita mampu berbangga dengan pencapaian penduduknya yang tersendiri, lagi-lagi dalam legasi bolasepak
Tidak lagi kita ragukan prestasi mereka, meski mereka Harimau Muda atau Harimau Malaya. Yang penting, kita mencatat rekod yang bagus, tahun demi tahun, baik dalam Sukan SEA atau sukan apa sekalipun.

Media pula haruslah belajar untuk melayan semangat dengan lebih baik, tidak hanya benar-benar berfokus pada elemen kejutan dan kontroversi semata untuk melariskan jualan dan statistik (tidak tertakluk pada mana2 media, sudah tentunya)

2) Ia melibatkan sentimen kenegaraan yang kita sendiri tahu, banyak kali pergeserannya 
Pergolakan antara Indonesia dan Malaysia, ada yang diapi-apikan oleh orang luar. Namun, ada yang sediakala seperti ini, dipacu sendiri oleh sifat dan sikap kedua belah pihak. Tidak kiralah tentang tarian kah, baju batik kah, lagu kah, atau apa saja.

Inilah peluang untuk kita menjadi lebih baik, lebih professional, lebih proaktif tapi dalam masa yang sama lebih proaktif, untuk memiliki sentimen SatuMalaysia yang sebenar-benarnya.

Malaysia memang milik kita, walau kita sedang berkongsi bersama PATI yang diPUTIHkan baik cara PALSU, ASPAL atau sebenar-benarnya, di ladang-ladang , factory-factory dan kilang-kilang .

Ada bunyi macam dalam cerita Tiga Abdul tak?

:D


3) Ia adalah self esteem kita sebagai warga negara Malaysia sendiri
Inilah peluang kita untuk merasai harga diri menjadi warga negara Malaysia. 7 ke 9 tahun dulu, mungkin agak sukar untuk kita merasakan suatu yang seperti ini, dari kebanyakan games yang dahulunya menjadi legasi kita. 

Tapi kini, inilah peluang kita. Jadi, marilah kita teruskan menghargai!

4) Ia adalah lambang penyatuan @ uniti warga Malaysia yang solemn dan solid.
kita mungkin fikir industri muzik dan hiburan adalah salah satu dari pada medium yang mampu menyatukan ras kaum di Malaysia.
Tapi hakikatnya, dengan pencapaian sukan yang membanggakan, kita akan perasan bahawa, sukan lah yang sebenarnya menyatukan kaum di Malaysia. =)

Hanya apabila kita berhenti menjadi rasis dalam usaha kita memperbaiki 'jenama' dan ciri-ciri kaum kita sendiri.
Bak kata matluthfi, kita memang boleh meninggikan semangat kaum kita tanpa menjadi rasis pun. Saya setuju. =)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hehe, mathlufi mmg sgt terbaik dalam bg maksud yg mendalam pada org umum. :) hari tu saya tengok juga harimau kita menang, semua org happy tapi bila malaysia kita kalah dengan syria,,ada juga yang kata harimau kita ni lupa diri dan pemalas lepas menang sukan SEA. hmmm.. bukan nk ckp dr segi rasis bangsa saja..kadang2 org melayu sendiri tan sokong melayu juga. :)
1 reply · active 696 weeks ago
ttg matluthfi, saya setuju juga namee =)

tentang bhg kedua, orang yang main bola akan faham, orang yang suka memerhati juga akan faham, tapi orang yang cuma suka tengok tapi tak suka memerhati, akan susah nak faham. =)

team bola ada turun naik, pasang surut, ada waktu bertenaga, ada waktu letih.

pembaca + penonton berita tu bkn apa, kena api2 dgn media yang turun main bola time fiesta Bola Sultan Pahang buat tu (sekali tu je setahun pun, tu pun klu dorang igt lah kan),

yang penting, kita yang tahu ni kenalah beringat. sokong tetap sokong kan namee =)

=)

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails