Jadi, saya tukarlah jadi Rambahiku. Rambah adalah nama salah satu dari beratus-ratus sungai yang ada di Johor.
Kali terakhir saya travel jauh-jauh dalam Johor adalah...... err. Memang tak ingat.
:D
Kali ini, saya travel dari Muar - Melaka - Pontian - Muar.
Apa yang istimewanya, travel kali ini,
1) saya melalui jalan dalam yang tak kena tol. Rasa sangat teruja nak kongsi nih!
(ceh, baru tau jalan ke ape Fahmi, malu la jdi orang Johorrrrr~)
Dari Muar ke Melaka, biasalah, kita boleh lalui AMJ, lebuh raya jalan lurus membawa terus ke Melaka. Dan begitu juga dari Melaka ke Muar.
Tapi saya baru tahu jalan untuk ke Pontian dari Muar, like, seriously.
Ada dua jalan yang bagus.
Satu jalan bakal membawa anda menyusuri jalan straight dari Muar terus ke Pontian, dengan melalui jalan direct ke Bandar Batu Pahat. Jalan dari Sg Abong ini membawa anda ke Parit Jawa, sebelum ke terus ke Semerah, dan direct ke Batu Pahat.
Satu lagi jalan bakal membawa anda melalui jalan depan rumah saya (di Pagoh), sebelum memasuki jalan ke Kangkar Senangar, Parit Sulong, Parit Maimon,
Bagi kedua-dua jalan ini, sebaik saja anda tiba di Bandar Batu Pahat , cari Jalan Zabedah, kemudian ke Jalan Rahmat, roundabout ambil pukul 3, dan terus, sampai ke Pontian.
Dengan kelajuan 100km (separa statik), kedua jalan ini bakal membawa anda ke destinasi dalam masa kurang lebih 2 jam 15 minit.
2. Rasanya bukan mencari diri, tapi menemukan belahan hati yang satu lagi. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Moga urusan semuanya dimudahkan kali ini. =)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!