02 December 2013

UMTAD: Untungnya Melihat Tabligh Antara Drama

UMTAD mungkin bukan naskhah terbaik dikeluarkan oleh Metrowealth. Serius.

Dalam kebisingan mulut yang skeptikal tentang hala tuju ana-enta filem seawal babak pertama, tak kurang juga mulut yang sangsi : perlukah diajak golongan kaki masjid dan kaki ceramah untuk menonton di pawagam.

Tapi, ini pendapat saya. Boleh pilih untuk bersetuju atau pun tidak.
Kenapa anda kena tengok dulu UMTAD ni?


1) Dialog yang mudah dan dekat dengan hati
Ini bukan semata-mata komedi. UMTAD Mesejnya Islamik. Niatnya dakwah , dan menjadi baik. Dalam masa yang sama, kita tak mahu lagi ceramah skema. Maka, ayat-ayat mudahlah yang bakal melegakan dan menyusup dalam hati. Alhamdulillah...

2) Komedi yang tidak keterlaluan
Tidak ada pula babak yang bagi saya, kelakar yang dibuat-buat, tidak seperti cerita kelakar-kelakar-seram MIG lain. Komedi UMTAD ternyata komedi yang simple dan padat. Cukup untuk saya ingat, ini filem komedi-dakwah, bukan komedi-saja.

3) Tema yang sangat bagus
Tabligh bukanlah satu niche yang mudah untuk dimasukkan dalam filem. 9 dari 10 filem, telefilem, drama, sepanjang saya hidup, langsung tak tepati definisi sifat Rasulullah yang satu ni. Teruk betul.

Dalam UMTAD , Walaupun ada 1 babak yang buat saya rasa benar-benar mahu menjerit dalam pawagam "Oih, tabligh bukan macam ni lahh!", tapi, Pierre mampu menggarap Tabligh, Hijrah Diri, dan Konsep Cabaran + Masalah Hidup disulam komedi dengan baik.

4) Ustaz Azhar Idrus yang benar-benar ada, bukan sekadar Cameo
Bagi membolehkan UAI ada dalam filem ini, nampak kerjasama yang baik dijalinkan antara kru, pihak masjid, juga pihak JKKK Kampung dan Kerajaan Negeri. (Nampak Dato Khalid Ibrahim MB Selangor dalam Scene kot!)

Pergilah tengok. Kalau tak mahu tengok di cinema, tunggulah keluar di Astro First atau paling awal, di TV3 Syawal 2014.

Bukan UAI yang kita fokuskan. Tapi lihatlah pada isi ceritanya. Hanya anda yang akan tahu apa rasanya.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails