3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

03 December 2013

MATIC FEST 2013


MATIC FEST 2013

Aku datang ke sini atas ajakan dan pelawaannya. Mula-mula sampai, di area Saloma Bistro, aku tercari juga; kenapalah rasa macam tak ada sense of direction untuk ke sini? Patutlah tak ramai. (rupanya, dah hari kedua, memanglah tak ramai sangat orang yang datang.)

Asalnya, aku perlu jadi teammate untuk Treasure Hunt. (Ada hikmah aku tak sihat. Kalau tidak, bersaing juga aku dengan kawan-kawan blogger dulu)

Tapi kemudiannya,
aku perform lagu Gadisku (Search) atas stage (buang tebiat sungguh pakcik Fahmi ni). Dan masukkan diri dalam pertandingan Teka Kacang, juga atas pelawapaksaannya juga. :P

Rezeki terpijak, pengiraan isipadu/saiz kacang rupanya memang ada rasional ya?
Dari jumlah kacang 1337 yang diisi dalam bekas bertapak segienam (36cm persegi) setinggi 26cm, aku teka 1350 biji kacang.
Alhamdulillahhh. Dapatlah RM300. Boleh belanja si dia dan kawan2 nya. Hilang sket lapar lari lari main Treasure Hunt kan :)

Pada pendapat aku, MATIC FEST 2014 boleh jadi lebih baik jika:
1) banyakkan bunting di traffic light sekitar Ampang, Mrr2, dan KLCC sebagai penarik, promosi ,dan last but not least, sense of direction.
2) Buat promosi dalam Radio lah..
3) Buat aktiviti yang lebih tersusun dan nampak bertentatif... jangan bagi drag sangat dari masa asal.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails