3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

13 March 2012

Iqra: Cabaran dan Solusi

Setiap hidup ada cabarannya.
Setiap cabaran ada solusinya.

Dan di tiap jalan menuju solusi, fungsi masa dan kekuatan hati adalah dua fungsi yang tak dapat dipisahkan antara satu sama lain. :)

(Kenapa cakap cam ni, Fahmi?)


Cabaran mengajar kita penghargaan dan nilai yang kita letakkan pada satu perkara.

Kadangkala, ia juga berkaitan dengan preference kita pada cabaran itu tadi.

Ada kalanya kita terpaksa lalukan sesuatu, untuk perkara yang baik, yang bakal datang selepas cabaran itu tadi (Premack Principle).

Adakalanya kita memang perlu tempuh cabaran itu, untuk kita nampak solusi yang lebih baik, yang mungkin kita tak pernah terfikir pun.

====

Cabaran pembelajaran dan pengajaran sudah tentunya berbeza.

Sebagai penuntut, cabaran kita antaranya adalah karenah pengajar, kesabaran kita sendiri terhadap cara , material dan asessment method untuk pelajaran tersebut.

Sebagai pengajar, cabaran kita pula, antaranya, adalah, menangani dan mengawal kelas juga karenah pelajar, kesabaran kita terhadap class participation, social loafing dalam group assigment.

Namun, natijahnya pasti akan lebih berkesan jika kita tahu apakah outcome yang kita kehendaki.

====

Mengajar Iqra kepada kanak-kanak dan kepada golongan dewasa sudah tentu menggunakan context yang berbeza. Namun, seperkara yang menarik tentang proses ini adalah, sebagai pengajar, kita mampu mengenali kekuatan diri kita sendiri.

Kita juga lebih mengetahui batas-batas apa yang kita boleh dan perlu setkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Baik batas kita pada diri sendiri, atau batas yang perlu dilepasi oleh pelajar itu sendiri.

Teknik motivasinya juga berbeza. Ia masih perlu, kerana, motivasi pelajar dari jurang umur yang berbeza, dibina dari sumber yang berbeza. Motivasi pelajar dewasa biasanya instrinsik, lebih kepada eksplorasi diri sendiri, dan sense of achivement. Motivasi pelajar kanak-kanak (meski bukan semua,) kebiasaanya adalah lebih ekstrinsik, dan lebih bertumpu pada mengelakkan marah ibu bapa, (negative reinforcement).

Untuk itu, sebagai pengajar, mempelbagaikan skill dan cara pengajaran adalah satu langkah yang pasti menguntungkan.

Pengajar tidak boleh terlalu bergantung pada satu teknik semata2. Contoh, Sekiranya pengajar adalah audio-dominant (semua mesti particular pada bunyi dan sebutan , pembelajaran juga mengikut sebutan), pengajar perlu belajar memiliki kepintaran skill visual (dalam melukis diagram makhraj huruf, sebagai contoh,) dan juga kepintaran @ skill kinestetik (dalam menambah aspek praktikal dalam pengajaran, contohnya, mengaitkan bunyi huruf yang keluar, dengan bunyi huruf yang biasa dalam bahasa penuturan pelajar. )

Semua ini masih perlu.

Atas nama cabaran, dan solusi.

Walaupun sebagai manusia kita lumrahnya ada rasa penat, kecewa, letih, kita juga ada lumrahnya untuk rasa gembira, tercabar, berbangga dengan pencapaian, dan bersemangat cekal.

Marilah kita mengambil sikap positif, menjadi orang yang proaktif dalam hidup sendiri, menangani cabaran, ke arah solusi yang lebih baik.

Moga hari-hari berikutnya bisa sahaja jadi lebih baik untuk IniFahmi.com dan kawan2 pembaca semua.~ -=)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails