3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

10 March 2012

Makanan Mencegah Tekanan

Pernah kah anda rasa down dan no matter  how you tried, or what, anda masih rasa down?

(anda tengah down lagi ke , Fahmi?)

Mungkin anda belum betul-betul habis mencuba. ;)

(ada apa2 yang lebih baik dari apa yang saya sedang cuba ke, Fahmi?)

Yup! Ia mungkin semudah mengubah pola pemakanan anda sewaktu hari anda down.

Ingin Tahu Mekanisma Pemakanan Anti Stress anda?
Dalam pengurusan tekanan, selain terapi karaoke, badminton, bowling , sebenarnya, kita mampu mengubah atau setidak-tidaknya, menyediakan badan kita ke arah perubahan mood dan status emosi yang lebih baik.

(Macam mana tu, Fahmi?)

Ubah kandungan makanan

1) Tambahkan pengambilan air sehari.
Kekurangan H20 mampu menyebabkan anda 'zapped' dalam lamda hari-hari anda. Untuk ini, sediakanlah stok air masak yang banyak. Atau beli saja, air mineral 1.5 sekotak terus, pada harga kurang dari RM12, untuk stok air seminggu. Saya suka produk Giant. Mungkin ada yang suka Spritzer. Terpulanglah! Air proses seperti Dr Sukida lagi baik jika anda tinggal berdekatan dengan mesinnya. Jangan lupa untuk sediakan coins yang banyak!

2) Tambahkan pengambilan karbohidrat kompleks setiap hari.
Ini mungkin kedengaran sedikit aneh terutamanya bagi yang skeptikal dengan idea turun-naik berat. yang sebenarnya, dalam makanan berkarbohydrate komplex, ada bahan yang membantu menghasilkan serotonin yang menenangkan otak kita.

3) Minum lebih banyak susu,
Protein dari susu memiliki juga asid amino jenis tryptophan yang menenangkan kita. Baca lagi di bahagian 4.

4) Makan lebih banyak telur dan kuningnya
Cuba jangan prejudis terhadap kuning telur per se. Kalau tak, kenapalah Allah ciptakan  bahagian kuning tu pada telur? :D Sebetulnya kita boleh aje makan kuning telur, tapi kenalah bersederhana. Dalam kuning telur tu, ada vitamin B dan asid amino jenis tryptofan, yang kemudiannya menghasilkan serotonin, yang lebih banyak, dalam aliran saraf kita.

lebih tinggi serotonin dalam sinaps, lebih tenanglah kita.

Ubah kekerapan makanan
Makan lebih kerap, dalam kuantiti yang lebih kecil. Bila kita tidur,pastikan kita telah betul2 hadamkan makanan tu juga.

Kurangkan juga makanan ringan yang kaya dengan glucose dan karbohidrat ringkas. Sebab , sudden glucose spike disebabkan karbohidrat yang ringkas hanya akan buatkan kita rasa 'kosong' dan lebih down bila kadar glukos tu turun semula dengan mendadak dari dalam aliran darah.

Kalau tak boleh juga, senam.

kalau tak boleh juga, silalah berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatris terdekat.


:)

UPDATE TERKINI:
Tambahan info dari rakan FB Saya Mohd Syahrul Anuar Zainuddin,
Kajian saya mendapati stress dan depresi berkait dgn kadar pembaharuan stem cell dlm otak yg rendah... Makanlah dark chocolate, minum air dr buahan berries i.e anggur merah, blueberry, delima dan makan omega 3 fish oil dari ikan sardin, kod atau apa saja ikan akan meningkatkan kadar neurogenesis stem cell tersebut seterusnya membawa kpd peningkatan mood ceria, improve learning n memory ability... Banyakkan berlari jogging juga :D











Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails