3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

01 March 2012

Yang melayang-layang

Salam alaikum readers semua =)

Layang-layang mungkin dah tak begitu asing di kalangan kita. Mungkin sahaja ada yang membesar dengan memori layang-layang bersama kawan dan yang tersayang.

Apa yang saya particularkan di sini adalah layang-layang dan applikasi vektor dalam permainannya. Tak, tak.. ini bukan cerita Vector images. :D

Jika anda ingat ,dalam Math Mod (Matematik Moden) tingkatan 5, ada satu bab melibatkan Vektor Paduan. (apakah itu Vektor Paduan, Fahmi?)Jom kita refresh!


Dari nama asalnya, 'paduan', vektor paduan menceritakan bagaimana tiap komponen pergerakan pada arah tertentu, boleh dipecahkan kepada dua arah lagi. Ia digunakan untuk menerangkan konsep daya yang menggerakkan.

Pengiraan dalam vector boleh menggunakan konsep matrix, pendaraban, dan dot product.

Dalam entri ini, sebagai contoh, untuk tiap pergerakan dan tujahan condong ke depan, dalam layang-layang, terdapat dua daya tarikan. Tarikan pertama adalah ke atas, dan tarikan kedua , adalah tarikan ke hadapan.

Tarikan ini akan jadi lebih baik, dan daya tujahannya lebih besar, sekiranya,

1) kita ada tali layang-layang yang lebih baik
Tali layang-layang yang baik menentukan pemindahan daya yang lebih besar. Dengan jarak tali yang lebih panjang, leverage (apabila jarak didarabkan dengan daya,) yang lebih besar, dibantu dengan tali yang mampu mengawal tension yang lebih baik, kurang tenaga yang hilang, membolehkan layang-layang naik dan dikawal lebih baik.
2) titik pertemuan tali dan layang-layang itu benar-benar optimum, tidak terlalu ke atas dan tidak terlalu ke tengah badan layang-layang
Bergantung kepada jenis layang-layang, titik atau lubang di mana benang diikat pada badan, menentukan daya tujahan itu optimized ataupun, biasa-biasa saja. Ia juga menentukan stabiliti layang-layang sewaktu penaikannya, juga sewaktu ia berlawan di area jetstream.

3) layang-layang berada di aliran udara jetstream. =)
Apakah jetstream? Jetstream adalah sejenis aliran angin yang deras, dengan jarak tertentu dari paras laut. Di sini, aliran angin laju , dan layang-layang akan kekal stabil berbanding jika ia berada di bawah paras jetstream.

Kapal terbang kekal stabil bukan semata-mata disebabkan kehebatan enjinnya, tetapi disebabkan refleks sayap yang baik terhadap aliran ini.

Terima kasih dinda Amalina Zainal sebab re-introducekan topic baru tentang layang-layang dalam hidup ni. :D I a memang kenangan yang baik untuk tidak dilupakan.. ~ =)

Terima kasih gak untuk Najmi sebab tolong naikkan dan ajarkan more on technical aspects of layang-layang. Sekarang  saya dah tahu banyak perkara baru tentang layang-layang. Anda macamana? :D

Tempat best untuk main layang-layang di Melaka adalah di pantai Klebang, dan di Taman Tasik Metropolitan Kepong.








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails