3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

04 March 2012

The Devil Inside : Satu Perspektif

Selasa lepas saya dihadiahkan yang tersayang tiket premiere Nuffnang dengan seat H9 dan H10 untuk cerita the Devil Inside. Petang selepas pulang bermain layang-layang, saya dan kawan baik terus ke  Mid Valley. Usai solat dan dinner, tayangan bermula.  Saya sempat berbual dengan Hafiz Hafizol dan Lutfi Syafiq, rakan blogger segathering di Gath Melaka dulu.

(Best ke, Fahmi? Review dalam Internet kata tak berapa, pun?)

Nak tahu, pendapat IniFahmi? Jom, baca!


plot :
3/5
Lancar. Namun kurang menarik, kerana endingnya tergantung.

Tarikan :
4/5


Tarikan utama sekitar bandar Rom, pengukur saintifik untuk level kerasukan. Isu agama dan kepercayaan, serta penerimaan asal Gereja terhadap Exorcism.

Review
Personally, Devil Inside sebenarnya cuba untuk menyampaikan exorcism dalam medium mereka yang tersendiri.

Dengan menggunakan 'fake dokumentary', ia menimbulkan kesan yang lebih menarik, bagi penonton. Ia menghasilkan pengalaman seolah-olah penonton berada dalam situasi tersebut. Good thoughts oleh penerbitnya.

Fake Documentary juga adalah antara cara yang baik untuk pengarah menghasilkan sense of 'thrilled', dan seram. Sama seperti Blair Witch Project juga.

Sains dalam Kerasukan


Selain itu, apa yang menarik, exorcism kali ini turut menggabungkan pengesanan menggunakan peralatan saintifik. Ia berusaha menggabungkan sains ke dalam agama, meskipun dalam penghalauan makhluk halus.

Kita boleh lihat alat pengukur saiz anak mata. Dengan teori  bahawa kerasukan mengubah pengembangan anak mata, 9 mm adalah saiz normal dan lebih dari 11 mm tanda kerasukan muncul. Dalam teori sains, sebarang pembesaran menunjukkan tanda abnormal pada otak.

Kita juga  boleh lihat mereka mengukur tekanan darah dan nadi jantung perminit, bagi mengetahui intensiti atau kekuatan host (perasuk) keterseksaan vessel, iaitu yang dirasuk.

As good as it sounds, menggabungkan sains ke dalam penghalauan makhluk halus (exorcism) adalah satu perkara yang tidak lah begitu baru di Barat. Namun begitu, Hanya Katolics sahaja yang benar-benar menerima nya. Protestan tidak akan menerimanya atas sebab, mereka pada dasarnya telah pun membataskan sains dari agama.

Anda juga akan lihat bagaimana kerasukan dan catatonic skizofrenia dipisahkan dengan benang yang halus. Postur orang yang dirasuk, memaparkan posisi yang hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mengalami skizofrenia jenis catatonic. Stupor, atau kekakuan, dalam posisi yang challenging untuk orang biasa.

Kerasukan dan Keimanan

Adalah tidak adil untuk kita membandingkan exorcism yang kita ada dalam Islam dengan cerita ini. Namun, Devil Inside cuba menyampaikan,  lebih tinggi kepercayaan kita pada agama, lebih real exorcism itu akan terjadi, dan lebih kuat syaitan yang dtang mengganggu.

Moral tentang 'Kemaksuman' Penghalau atau Exorcist, juga cuba disentuh sedikit sebanyak. Dalam Islam, Syaitan, dan Jin, sebagai entiti yang terkadang boleh mengetahui perkara-perkara yang tidak boleh diketahui manusia, (ya, tapi ada limit pada tu, sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, syaitan telah dihalang untuk tembus ke langit untuk mengetahui cerita-cerita akan datang, dan dilempar dengan kilat), mempengaruhi keyakinan manusia untuk menjadi baik, atau setidak nya mengalami proses penyembuhan.

Ia bermain dengan isu Faith atau keimanan, keyakinan. Sejauh mana kita meyakini sejarah yang diketahui oleh syaitan itu, menunjukkan bahawa ia lebih baik dari kita. Sejauh mana sejarah yang diketahui oleh syaitan itu, mengganggu proses perawatan.

Counter argumentnya, adalah, : kerana kita tahu, sebagai manusia, kita hanya mampu menjadi lebih  baik. Sejarah mungkin mampu define siapa kita, tetapi ia tidak menentukan siapa kita di masa akan datang. Oleh itu, berpegang kepada sifat taqdir yang boleh diubah dengan doa, itu adalah kebaikan asas kita, dan seharusnya jadi keyakinan kita. Dan syaitan tidak seharusnya mampu menggugah, sekiranya kita benar-benar meyakini taqdir dan qudrahnya Allah.

Sifat syaitan yang merasuk , juga cuba diexplain dengan baik dalam cerita ini. Syaitan ada yang jenisnya statik, penunggu, kata orang kita. Ia stay dalam satu vessel atau perumah dan tak kacau orang lain, melainkan perumahnya sahaja. namun, lebih tinggi rank syaitan, lebih lama ia hidup, lebih kuat syaitan itu, dan lebih transferable syaitan itu kepada perumah lain.

Namun begitu, ia berbalik kembali kepada isu keimanan. Dalam Islam, sejauh mana kita lebih meyakini Allah, lebih kuatlah dugaan syaitan yang dihantar pada kita, lebih kuatlah kekuatan syaitan tadi, dan lebih 'macam-macam' kelebihan syaitan yang mengacau.

Trivia:
Maria Rossi membunuh 3 orang kerana kerasukan. Tapi Maria Rossi yang saya tahu, membunuh anak dan suaminya dalam kereta, dan kemudiannya menghubungi 911. Kisah Benar ini dimuatkan dalam C & I , kalau tak silap saya. Beliau tidak membunuh rahib yang melakukan penghalauan tersebut, dalam rumah.


Kesimpulan: tontoni cerita ini hanya jika anda benar-benar berminat dengan exorcism dan interfaith disputes. You might gain more introspection than what you're expecting.

Soalan : Sebagai Muslim Malaysian, jika anda diberi peluang melakukan exorcism, surah apa yang anda baca?

Jika anda tanya saya, saya bacakan ayatul Qursi, dan ayat anti-sihir surah al Baqarah saja.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails