3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 February 2012

Badminton Sebagai Terapi

Video Badminton yang agak Menarik. Kurang kaitan dengan keseluruhan Entry. :P
Badminton, seperti bowling dan Karaoke, boleh menjadi satu terapi dan pengurus tekanan yang baik bagi lelaki. Namun keberkesanan terapi sukan aktif sepeti badminton lebih spesifik, jika ia mampu dihubungkan dengan matlamat permainan tersebut.

(macamana tu, Fahmi?)



Lelaki dan Pencapaian

Sekiranya lelaki bermain badminton dengan matlamat untuk memenangi game, agar ia rasa 'mencapai' sesuatu , dan mampu melupakan sementara tekanan yang dihadapinya, dengan kekuatan dari rasa kemenangan, badminton ini akan mampu membantu lelaki sekiranya lelaki memenangi game tadi.

Jika tidak menang, lelaki akan meneruskan permainan sehingga beliau menang. Namun, ada kebarangkalian beliau akan kalah, dan tidak akan mampu mengalihkan tekanan. Untuk ini, lelaki perlukan coping skills yang lain.

Lelaki dan Kuasa Kebersamaan

Lelaki yang mempunyai affiliation needs (keperluan rasa kebersamaan) yang tinggi, menyukai badminton pada objektif yang agak berbeza dari yang di atas.

Berada bersama kawan2 yang sama level dan sepemikiran dalam Badminton, mampu mengalihkan lelaki dari rasa tekanan juga. Penat bermain, sudahnya, lelaki observe sahaja kawan2 lain yang sedang mengejar mata, sambil bersorak dan membahan.:D


Lelaki dan Keseronokan

Pacuan adrenalin dan endorfin menghasilkan keseronokan bagi lelaki yang enjoy badminton. Dalam game seperti ini, mereka tidak terlalu fokus pada mata. Adakalanya mereka lebih suka bermain secara non-konvensional. Sistem Mata pun kadangkala gunakan sistem mata training, bukan pengiraan biasa. =)


Tidak tertakluk kepada Badminton, buat lelaki di luar sana, anda tetap akan mampu alihkan tekanan dari diori, ,dan anda lebih mampu untuk cari solusi, jika anda mampu mencapai matlamat dalam games yang anda enjoy.

Kesimpulannya, kita dapat dan akan mencari apa yang kita mahukan, dalam tiap aspek hidup. Biasanya kita akan jumpa. Tapi kalau belum jumpa, carilah lagi. Sebab, di dunia ini, mencari bahagia dan gembira itu adalah proses, bukan keputusannya. =)



Catatan Penulis:Artikel ini ditulis bersandarkan kepada Teori Keperluan McClelland yang triarchical, iaitu, needs of affiliation, needs of power, dan needs of achievement, dengan melebihkan fokus pada needs of afiliation dan achievement. Needs of power digantikan dengan subteori Creative Flow oleh Csikszentmihalyi, atas justifikasi, need of power tidak membantu mengurangkan tekanan dalam badminton sebagai terapi.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails