3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 February 2012

Karaoke Terapi Mudah Bhg II

Karaoke Dengan Mic Oldschool
Kita telah pun tahu kenapa Karaoke sebagai terapi mudah, mampu memberi kesan terapi yang agak baik kepada lelaki  dan wanita, perseorangan mahupun double berkumpulan.

Di akhir entrynya, saya ada mention kenapa terapi yang baik secara tuntas , atau kolektifnya, bukanlah Karaoke, tapi suatu yang lebih bersifat inside-out, atau, terapi yang menguatkan dalaman kita, yang mencapah ke luar. (Anda ada perasan yang itu?)


terapi yang baik, adalah terapi yang menghasilkan perubahan pada cara pemikiran yang mendasarkan kepada punca penyelesaian tekanan.

terapi yang baik, adalah terapi yang membolehkan kita memahami kenapa tekanan itu datang pada kita dalam bentuk yang 'itu', seolah-olah kita tiada pilihan lain melainkan berhadapan dengan tekanan itu.




terapi yang baik, membantu kita menambahkan sumber emosi, fizikal dan mental kita, untuk berhadapan dengan tekanan yang lebih kuran serupa, atau lebih besar magnitudnya dalam hidup-hidup kita yang mendatang.

Tidak dapat tidak, kita kembali pada konteks dan maksud tekanan itu dalam hidup kita.

Dan akhirnya, kita akan sedar bahawa tujuan tekanan itu hadir, adalah untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Dan akhirnya, kita juga akan sedar, makna terbaik hidup kita tentunya ada dalam makna hidup kita sebagai "yang dipinjamkan'. Perspektif God-fearing.

Mengakui ini, (meski malu macamana pun untuk kita beritahu dan sedari diri sendiri), meski teruk macamana pun tekanan kita, besar macamana pun tekanan yang kita rasa, melepaskan kita dari menyalurkan tekanan ini keluar, dengan cara-cara yang bersifat 'escapist', 'lari dari tanggungjawab buat smentara waktu', atau menggunakan sumber kewangan secara semberono.

Apakah contoh pengurusan tekanan yang santai, mengingatkan kita semula pada asal makna hidup, dan menyihatkan kita, tanpa perlu kita escape, lari, atau boros mem babi butakan mata pada shopping cart dan shopping receipt?

Jom, baca sambungannya di bahagian III. =)







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails