3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

13 February 2012

Karaoke Terapi Mudah


Seperti Bowling yang menghasilkan terapi jenis psikomotor yang baik untuk OKU autism, kali ini saya cuba ulaskan Karaoke sebagai bentuk terapi berbayar yang mampu mencapai objektif terapinya: membantu meningkatkan upaya manusia untuk mengawal diri dan melawan tekanan.

(Apa tu, Fahmi?)

Nak Tahu?


Psikologi Jantina dan Karaoke

Lelaki dan Perempuan melakukan aktiviti ini dengan perbezaan dan persamaan yang tersendiri.

Persamaannya, lelaki dan wanita senang untuk berkaroke beramai-ramai, biasanya dengan teman yang dikenali dan biasa.

Perbezaan nya terletak pada fungsi Karaoke itu sendiri.

Lelaki, Karaoke dan Sense of Achievement


Lelaki normal (normal, secara operationally, bermaksud, lelaki yang sihat, tidak ada masalah keliru jantina, dan punya tarikan yang normal kepada perempuan) dibantu dalam penyelesaian masalahnya dengan dua cara utama.

Pertama, melalui pencapaian mini.
Ini dicapai dalam kumpulan Karaoke lelaki dengan berlawan-lawan melantunkan suara di key tertinggi.  Lelaki yang tensen biasanya memilih lagu yang lebih 'keras' , punya note tinggi yang banyak, untuk tujuan ini.

Contoh lagu adalah jenis dari rock kapak. Dengan magnitude tekanan yang lebih kurang sama, (ini relatif kepada kajian selepas ini), lelaki yang mampu mencapai lebih banyak note tinggi dengan baik, biasanya mengalami kepuasan Karaoke yang lebih, dan memiliki kekuatan lebih untuk lawan tekanannya,  berbanding lelaki yang tidak begitu berani ambil risiko untuk naik ke note tinggi berikutnya.

Lelaki, Karaoke dan Pengalihan Perhatian.

Kedua, melalui pengalihan perhatian. Lelaki membaca surat khabar sesampainya dari tempat kerja atas tempat yang sama. Karaoke helps to serve this purpose.

Dengan Karaoke, lelaki mengalihkan perhatian terhadap banyak perkara. Contohnya, skrin TV (Lelaki mempunyai visual acuity yang lebih tinggi dari wanita, dan skrin biasanya membantu mengalihkan perhatian mereka dengan baik), bahan kawan-kawan yang tak sampai tarik tinggi.


Wanita, Karaoke dan Kuasa Makna Lagu

Dengan Karaoke, wanita memilih lagu yang betul-betul relate pada meaning yang mereka sedang lalui. Disebabkan medan bahasa dan pusat emosi mereka yang lebih kuat (amygdala yang lebih baik , dan corpus calosom yang lebih besar), wanita lebih mudah release tekanan mereka dengan lagu yang betul2 meaningful.

Wanita, Karaoke, dan Kuasa Berkumpulan

Dengan lagu yang baik, lirik yang betul2 bermakna, bantuan kawan-kawan yang supportif ,  biasanya wanita lebih senang catharsis , atau melepaskan ledakan emosi negatif yang terpendam, Adalah perkara biasa bagi mereka untuk melihat wanita menangis ketika menyanyi lagu tertentu, dan mereka akan console sesama sendiri.


Psikologi Personaliti dan Karaoke

Ciri personaliti asas manusia dan perbezaannya , antara Wanita dan Lelaki menyebabkan Karaoke terus dipilih sebagai anti-tekanan dan anti-perasaan-negatif yang baik. Ingin tahu entri di bahagian selanjutnya? Jom Subscribe dan baca terus dari Facebook anda dengan klik sini :)

Bersambung di bahagian II

Disclaimer: Karaoke masih bukan terapi yang terbaik. Sebab terapi yang terbaik adalah kembali pada asal kita. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Allah.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails