3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

09 February 2012

Kemaafan Bukan Dendam Terindah

Membaca isu akhir-akhir ini dalam akhbar dan berita terkini, saya turut rasa terkesan dengan apa yang berlau. Tapi , kebiasaannya bagi saya, banyak yang saya perhatikan dari isu-isu semasa, yang saya belajar untuk kaitkan lebih dengan diri sendiri.

(Isu mana, Fahmi?)

Macam-macam, pembaca sekalian. Isu berkaitan Permohonan Maaf Media D Shahrizat, penjelasan seseorang yang peribadinya berkait dengan saya tentang kemaafan yang pernah saya mohon, dan ruang kemaafan yang masih ada.

Semua ini buatkan saya rasa ingin kongsikan sesuatu.

Mengaku salah, dan memohon maaf bukanlah semata-semata kekuatan hati. Tapi ia sebenarnya ilmu, dan dalam satu aspek, ia boleh dikatakan seni juga. =)

Dalam seni mengaku salah dan memohon maaf, ada dua perspektif orang dalam dunia ini. Dan perspektif ini boleh berkait dengan orang sekeliling, dan situasinya.

(Apa tu, Fahmi?)

Pertama: Mengaku Salah, Meyakini Permohonan Maafnya dan Terus Dipercayai

Orang yang macam ini biasanya, meyakini harga diri nya tidak berkurang sedikit pun bila ia mengaku salah, besar mana salahnya pun.

Orang spesis ini juga lebih mudah beranikan diri meminta maaf tidak semata-mata kerana meyakini maafnya mampu diterima, tapi kerana ia tahu maaf itu diperlukan dan orang itu berhak mendengar ucapan permohonan maaf.


Orang spesis ini juga memahami relevannya permohonan maaf itu dengan kelakuan mereka yang salah tu.

Untungnya jadi orang macam ni. Mereka lebih mudah dipercayai dan kurang kebarangkalian untuk ditolak maafnya. Mereka juga dipercayai lebih aktif dalam sesi sosial bersama orang sekitar.

Kedua: Mengaku Salah, Terus Di'tunjuk' Bila ada Salah Berikutnya, dan Semakin Sukar Dipercayai.

Orang yang kedua ini, biasanya mampu meminta maaf atas tiap salahnya. Boleh jadi beliau memang tidak betul2 maksudkan kesalahannya, tapi benar-benar rasa bersalah atas salah tadi.

Namun, berada dalam situasi dan kelompok yang memang negatif dan skeptikal, lebih sukar. Apabila buat salah, dan minta maaf, orang sekeliling bakal tunding, terutamanya apabila ada sahaja kesalahan yang lebih kurang sama, pasti beliau yang akan dicari untuk dipersalahkan.

Dalam situasi ini, orang jenis kedua, lebih cenderung untuk develop 'perintang kemaafan' dan lebih mudah untuk membentuk persepsi perfectionist dalam hidup. Tak boleh salah sikit pun.

(Kenapa, Fahmi?)

Sebab kesalahan berkadar songsang dengan kepercayaan. Lagi banyak kesalahan yang sengaja atau tak, lebih rendah kepercayaan yang bakal diterima akhirnya.

Itulah, bezanya. Bila kita ada dalam kelompok yang positif, memohon maaf itu jadi keperluan dan tabiat yang positif, atas rasa memelihara hormat diri sendiri dan juga hak yang selayaknya pada orang yang dibuatsalah tadi.

Apapun, ucapan maaf sebenarnya memang tak semestinya terus dimaafkan, sebaik sahaja ia diterima. Itulah ruang yang pemohon maaf perlu fahami, buat orang yang dimintamaafkan itu.


Artikel tentang Kemaafan dan Seninya ini boleh dilihat selanjutnya dari Google.



Kemaafan bukanlah semata-mata dendam yang terindah, macam dalam lagu. Khasnya kemaafan dari rasa keterpaksaan dan desakan itu. :)








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails