3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 February 2012

Cerita Blog dan Google Panda

Rentetan dari isu Blog dan Iklan bahagian I, II, III dan IV, yang diakibatkan oleh perubahan Google untuk rank blog yang banyak iklan di bahagian header, ia memiliki satu relevansi dengan satu lagi cerita menarik tentang sistem Google.

(ye ke, Fahmi? Apa dia tu?)

Sistem Google Page Rank.
(Oi, isu ni dah basi lah Fahmi... )

Ye ke basi? Oh. Sebab dah ada Google Panda ya? Hehe... :D

Google Panda memang sistem yang menggantikan fungsi Google Page Rank, dan diharapkan berfungsi dengan lebih baik.  At least..

Soalan hari ini:Siapa kata Google Panda lebih baik?

GOOGLE PANDA dan BLOG

Mana-mana sistem rank, baik Alexa, Panda atau G.Rank, ia hanya berkesan dan bermakna bagi web content yang sangat selalu diupdate.  Dan ini bermakna, ia hanya bermakna buat Blog. Blog adalah contoh web content yang sangat selalu diupdate dan dicrawl oleh GoogleBot untuk indeks mereka dalam Internet.

Dan sebetulnya, buat bloggers, Sistem Google Panda yang sekarang ini,  juga masih ada kekurangannya.

(apa dia , Fahmi?)



FOKUS PANDA

Google Panda lebih memfokus pada content yang terbaru, berbanding contents lama yang pernah ada dalam blog anda.

Chances are, your old content which can be more valuable, (or, better, have conversation within commentings, which can be related to your blogposts) got boxed out into the corner. Dalam BM yang lebih mudah, Google sukar nak nampak entry anda yang lama, yang mungkin lebih bermakna dan relevan dalam situasi tertentu.

Google Panda mungkin telah memberi arsenal advantages pada blog yang copycaters, lagi-lagi  berkaitan isu-isu terkini, baikpun SEO entry. Kerana Panda memberikan fokus pada content terbaru, dan entry copycaters by nature, akan salin hanya selepas entri ASAL di blog/sumber lain ditulis, blog copycaters ini lah yang bakal naik traffik dan rank mereka di Google.

(Apa kaitannya dengan blog dan Iklan, Fahmi?)

BLOG, IKLAN dan GOOGLE PANDA


Kaitannya semua ini dengan Entry Blog dan Iklan, dibantu dengan Alexa Rank, Panda hanya sangat berguna buat syarikat pengiklanan untuk tengok rank web/blog , yang apply untuk jadi 'tempat-letak-iklan' mereka.

Blog-blog info biasanya rank mereka tak tinggi mana pun. Dan when I said info, it means pure information, yang related. Bukan BLOG BERITA tanpa ULASAN, tapi COPY PASTE semata.

Dan disebabkan Page Rank dah pun kurang fungsinya apabila Panda dilancarkan, pointnya di sini, it really depends, either kita buat blog memang untuk buat duit, atau kita buat blog untuk cipta conversations dengan reader, dan public... Panda hanya berkesan buat entry yang lebih terkini.

Mungkin sebab itulah Google memperbaiki algorithm rank mereka agar sistem Panda akan jadi lebih relevan. Antara langkah pertama,  tentulah modify blog yang banyak iklan. Barulah google kurang dikritik untk pertukaran tu, jika ia sangat relatif kepada perkembangan Google Panda seterusnya.

Mungkin next change, melibatkan protokol atau algorithm baru tentang Panda itu sendiri.

TRIVIA GOOGLE PANDA

Tahukah anda, Panda itu bukanlah Panda yang anda bayangkan pada asalnya? Ia adalah nama Google Employer, nama asalnya Navnett Panda. Anda rasa dia orang area mana? Apa, setiawangsa? XD

Bersambung di bahagian II.








Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails