Namun, antaranya yang masih saya ingat tentunya yang bernama Sanusi Junid, Samy Vellu, Mahathir, dan Daim.
Sanusi Junid saya minati kerana pengamatannnya, juga kata-katanya yang berisi, dan tempat tak menyasar ke tempat lain.
Lawak sinis tapi bermaknanya tentang duit dan nilai tertentunya dalam Malaysia, (boleh lihat di link ini, atau turun ke bawah page ini), dan kebanyakan ceramahnya ketika beliau menjadi Penasihat UIAM, dari Matrik hinggalah pada tahun 2008 beliau disingkirkan secara terhormat dari Board UIAM, menampakkan beliau adalah pemimpin yang berfikir.
Samy Vellu, saya sukai kerana lawaknya yang , kadang tak kena tempat, namun memang lawak-luar-kotak.
Antara lawak saya masih ingat tentang kemahuannya membantu menyenangkan rakyat sewaktu beliau terlibat dalam JKR. "Kalau tak ada jambatan, kita bina jambatan. " "Kalau tak ada sungai (untuk buat jambatan, ) kita binalah sungai!"
Tun Mahathir saya kagumi kerana keberaniannya menyuarakan pendapat, kepekaannya membaca trend, membayangkan dan menjanakan visi jadi nyata. Malay Dilemma, (Versi B. Melayu) adalah antara buku yang saya sempat hadamkan waktu darjah 4, dan saya pegang banyak maklmat dan katanya.
Cuma, legasinya yang tidak bgitu dipegang ke akhir tenure warisannya, sahaja, yang jadi masalah.
Daim? Saya suka Daim kerana beliau kritikal tentang sosiologi Melayu dan kuasa ekonomi.
Contoh buku? Haha. Utusan Melayu punya Arkib kolum tulisan beliau. Anda boleh Google dan langgan arkib Utusan untuk RM5 seminggu, bukalah sampai muntah. :P
Adakah anda pelik kenapa semua menteri tak ada yang dari Pakatan? Ops, sila jangan spekulatif di sini ya.. kita mengkagumi pemikiran dan personalitinya, kerana itu adalah preference kita. Namun secara kolektif, semua orang tentunya mahukan yang terbaik dalam hidup. ;)
Kata2 Sanusi Junid , lebih kurang seperti ini:
Nak tahu apa nilai RM kita ?
Lihat di belakang RM1, kita akan nampak Tugu Negara. Inilah harga pengorbanan mereka yang mempertahankan negara kita satu masa dulu.
Di belakang RM5, kita akan nampak gambar Istana. Inilah nilai Penghargaan pada Institusi Beraja Melayu.
Di belakang RM10, kita akan nampak gambar Pengangkutan Malaysia. Inilah Nilai Sistem Pengangkutan Awam dan Domestik Malaysia.
Di belakang RM20, kita akan lihat gambar Bank Negara Malaysia, dan inilah harga ekonomi Malaysia.
Di belakang Wang RM50 pula terdapat gambar Muzium Negara: Harga sejarah dan warisan kita. Di Di belakang wang RM100 yang selalu ada dalam MoneyDrop tu, ada apa? Yup, ada gambar Masjid Negara. Ini nilai agama Islam.
Di belakang wang RM500 kita akan nampak gambar Mahkamah Tinggi. Inilah pula harga keadilan di negara ini.
Pada wang kertas RM1,000 , akan anda lihat dengan jelas gambar Parlimen. Dan inilah "harga politik, harganya cukup mahal,” -Sanusi Junid.
Sekarang anda bentangkan ikut hierarki, dan anda akan nampak , nilai kuasa dalam Malaysia bersangkut paut dengan kuasa Ringgit Anda. ;)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!