3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 February 2012

NFC: dari Perspektif Ingroup-Outgroup

Assalamualaikum pembaca IniFahmi hari ni. Harapnya anda semua sihat2 je petang2 ni ya =)

Dalam post sebelum ni, saya pun berbahagi nak update entry untuk tajuk yang mana. Bukan apa, tapi atas sebab, post2  tu semua berkaitan bawah satu tema utama :politik.

Disebabkan background saya lebih pada psikologi berbanding sains politik, saya mungkin lebih senang untuk ulas untuk perkara ini dari perspektif psikologi.

Dalam psikologi politik, satu teori yang boleh explain kenapa conflict boleh wujud , atau, asas kepada banyak konflik dalam politik Malaysia boleh jadi disebabkan perspektif outgroup-ingroup.

ingroup adalah istilah bagi yang rasa diri mereka belong to one component, atau one group.

Dan mereka akan rasa , orang lain yang tidak bersama mereka, dalam  group tersebut, adalah outgroup.

Simple , kan?

Contoh mudah untuk lebih memahamkan kita:




It's either you are one of us, or,  you are one of them.

Dan dalam konflik kita, dengan kumpulan lain  yang besar, yang mungkin bersepakat atas hasutan cerita-cerita yang disampaikan, oleh orang yang pandai pusing bercerita, orang baru yang memilih untuk mengikuti  cerita mereka, atau bertanya cerita dari kita yang sebenarnya, akan ada dua pilihan ini juga.

Samada dia akan jadi orang yang mahu tahu cerita sebenar.
Atau dia akan jadi orang yang accompliced dengan tukang cerita.

Apa yang penting, dalam hal ni, masing-masing akan tetap panggil ingroup dan outgroup.

Berbalik pada isu NFC, bekalan Air di Negeri Pakatan, dan lain-lain isu berkaitan, isu ini saya nampak lebih dipolemikkan antara ingroup dan outgroup perspective. Walhal boleh saja kalau nak offer true solution pun. Kesian. Sebab yang jadi mangsa rebut kuasa adalah rakyat yang belum betul-betul mahu faham , dan hanya mahu nasib yang lebih terbela.


Walaupun isu asalnya berkaitan kebajikan rakyat, dengan fakta-fakta yang disorokkan, berita yang diambil secara luar conteks, gambar yang disuperimpose, (sebagai contoh,) ia jadi makin membarah.

(Apa solution untuk kita sebagai rakyat biasa, Fahmi?)
Well, jika anda tanya saya, tiap rakyat ada peranan masing-masing. Maka, setiap rakyat juga ada solution mereka sendiri. Semua itu bermula dari justifikasi yang sopan, patut, dan kurang memikirkan tentang perspektif ingroup-outgroup.

Menghayati semangat perjuangan dan Sirah Rasulullah, andai Nabi berfikir dengan perspektif outgroup-ingroup, Bani Hashim sebagai ingroup asal Nabi kita, dan Bani lain sebagai outgroup Baginda, entah apa jadi dengan Islamization di seluruh dunia.

Entah kita ini di mana.

Jadi, masih kah lagi kita mahu 100% berfikir tentang ingroup-outgroup sangat? Jom cari penyelesaian dan mulakanlah langkah pertama dengan mengaku salah :)






Jika sukakan entri ni, you don't really have to reward me with the ads below, ya =) Saya lebih suka jika ada soalan atau pendapat nak kongsi. Ada? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails