3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 April 2006

Trip to Understand

Malam tadi tidak seperti malam-malam yang biasa penulis lalui. Penulis telah berjalan seorang diri, menuju KLCC, dan duduk di tepi kolam (yang ada air pancut tu lah..) dari pukul 8.30 hingga 10.00 sebelum bertolak pulang semula ke UIAM. Lepas stress sebab baru pulun dua exam dalam satu hari yang sama, plus dengan sedikit masalah dalaman.

Duduk di tepi kolam, penulis nampak sangat ramai orang Indonesia di situ. Kedapatan juga keluarga yang ganjil... (haha, tak tahu nak cakap camana.. tapi memang pelik).

Duduk sambil main game dalam henfon baru, Pocket Carrom. Penulis memang suka main carrom, jadi memang bes la main game ni depan kolam.


Balik dari KLCC sekitar jam 10.45 sampai ke bilik. Belum sempat penulis nampak pintu bilik, ada pulak kawan yang mengajak tido di rumah Ustaz Arif, (imam majid SHAHS (betul ke ejaannya ni?) atau lebih dikenali dengan nama masjid UIA,). Solat Isyak dan terus bergerak mencari topi keledar (bhs saintifik:helmet :P) dan motor. Sekitar jam 11.30, kami bertolak ke rumah beliau di sekitar Kedai Makan Kubor. Tak jauh, cuma 10 minit naik motor (sambil nyanyikan lagu baru Inteam, "Tiada Lagi Kasih.")

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah perbincangan penulis dengan Ustaz Arif, selaku orang yang agak arif dalam bidang agama, dengan mengambil pendekatan salafi sebagai titikpunca (source point) kepada setiap permasalahan yang dibincangkan bersama, sejak dulu lagi.

Apapun, kita tidak boleh cuma bergantung kepada satu pendapat, sebaliknya kita perlulah mencari pendapat2 yang lain, dan kemudian kita pilih pendapat mana yang lebih kuat untuk digunapakai.

Soalan penulis adalah mengenai nikah di Siam: adakah ia sah kerana menepati syarat, atau adakah ia tidak sah kerana tidak mengikut turutan wali?

Jawapan ustaz:
Nikah tidak sah kerana tidak menggunakan wali mujbir, iaitu ayah kepada perempuan itu sendiri. Wali hakim tiada fungsinya selagi wali mujbir masih ada.

Dalam satu hadis Nabi yang dijadikan sumber kepada hukum ini (legal source of rule):
"ayyamamra'ah nakahat nafsaha bigairi waliyyiha fanikahu baathil, fanikahu baathil, fanikahu baathil"

"Barang siapa (perempuan) di antara kamu menikahkan dirinya tanpa wali, maka nikahnya batal, nikahnya batal, nikahnya batal."

Dengan hadis ini, maka mana2 pasangan yang nikah di Siam, maka nikahnya batal, dan wajib nikah semula.

Daripada apa yang penulis belajar dalam kelas Fiqh (Introduction to Fiqh di Maincamp dan Fiqh di matrik)-anak perempuan adalah harta kepada ayah dan ibunya. Terutama sekali kepada ayahnya.

Ini adalah kerana ketaatan anak perempuan selepas Allah dan Rasul , adalah kepada ayah dan ibunya. Ketaatan ini pula akan berpindah kepada lelaki yang dinikahinya. Oleh itu, ketaatan perlu diberikan dengan cara yang betul iaitu melalui proses pernikahan yang betul. Apabila pernikahan dilakukan di Siam, ia jadi seolah2 nikah tersebut dilakukan dengan "sirr" dan lari dari masalah.

Lari masalah adalah perkara yang berbeza dengan mencipta masalah yang baru dan lebih besar, tapi dengan nikah di Siam, kita menjadikan kedua2nya muncul seiring. Dengan kata lain, kita bukan saja lari dari masalah tetapi juga mencipta masalah baru.

Hanya mazhab imam abu hanifah sahaja yang membenarkan nikah dengan wali selain wali mujbir, itupun selepas diberitahu kepada wali mujbir atau keluarganya sahaja, barulah boleh dinikahkan.

Masalah yang berlaku di Siam, keluarga memang tidak diberitahu langsung. Tahu2, dah nikah bersama "teman lelaki yang dikasihi".

Jika ada yang 'arif' dalam bidang munakahat mengatakan bahawa kita melakukan talqif, seharusnya talqif itu perlu kepada pelaksanaan hukum yang lebih rajih, bukan yang marjuh (lemah).

Talqif ini adalah seperti "kita mengambil sedikit dari mazhab ni, dan sedikit dari mazhab itu, untuk dijadikan amalan kita." Perkara ini dibolehkan selagi kita mengambil pilihan yang lebih kuat legal sourcenya dan tidak pula mengamalkan talazzuz, iaitu membuat pilihan yang terlalu senang, kerana jelas ia mengikut hawa nafsu.

(Memanglah Islam itu mudah dan memudahkan, dan nabi pun berkata "pilihlah mana yang lebih mudah", tetapi untuk pilih yang mudah kadang2 akan terkena pada yang payah juga mengikut syarak, jadi pilihlah sahaja yang mengikut hukum yang lebih syar'i..)

Sebagai analogi, ustaz memberikan perbandingannya yang agak kontroversi, iaitu,
zina lebih baik dari kawin di siam.Ini kerana orang zina melakukan intercourse dalam rasa takut, sedang orang yang nikah di siam melakukannya dalam rasa selesa dan tenang, kerana mereka berkahwin di Siam, sedang semua orang tak tahu, dan nikah itu pula tak guna wali mujbir, dan nikah itu tidak sah.

Tapi ini baru satu pandangan yang penulis kutip. Penulis akan cari lagi di mana yang boleh dan setakat mana yang termampu, supaya penulis sendiri boleh memilih pendapat yang lebih kuat. Penulis pun nak talqif juga lepas ni. Macam lebih meyakinkan je..

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sisipan:

Assalamualaikum

Mohon ustaz beri penjelasan berkaitan artikel di bawah.

Jazakallahu khairan kathira.

ISLAM MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

Dalam masyarakat Islam Sunni (Ahlus Sunnah wal Jama`ah), terdapat 4 mazhab yang diterima pakai oleh umat Islam sedunia yang dikira muktabar dan sah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafi`i dan Hanbali. Mazhab Hanafi diasaskan oleh seorang imam mujtahid mutlaq mustaqill al-Imam Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit r.a. (80H-150H) seorang tabi`i yang pernah belajar dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Mazhab ini adalah mazhab terbesar dalam dunia Islam Sunni. Imam Abu Hanifah disebut oleh Imam al-Shafi`i sebagai imam muslimin dan mengatakan manusia semuanya terhutang budi kepada Abu Hanifah dalam ilmu fiqh. (al-nas ‘iyal fi al-fiqh ‘ala Abi Hanifah). Dalam mencintai Abu Hanifah, al-Shafii telah menggubah sebuah syair untuk beliau;

“Seluruh negeri dan segala penghuni telah disinari Abu Hanifah imam muslimin, dengan hukum-hakam, hadith-hadith dan fiqh, seperti ayat-ayat Zabur di atas lembaran-lembaran, tiada di timur dan barat sepertinya, tidak juga di barat dan timur tiada juga di Kufah, kasih Allah ke atasnya selamanya-lamanya, selagi dibaca lembarannya.” (Diwan al-Shafii, ms 286)

Yang menarik dan mengkagumkan dalam mazhab Hanafi ialah mereka tidak
mensyaratkan wali dalam sesebuah perkahwinan. Setiap wanita yang aqil baligh
berhak mewalikan dirinya sendiri dan harus mengaqadkan perkahwinannya.
Wanita berhak menikahkan diri mereka sendiri sama ada ia janda atau dara dengan mana-mana lelaki yang sekufu dengannya tanpa izin sesiapa. Tetapi mahar dan saksi tetap wajib. Manakala mazhab jumhur mewajibkan wali sebagai syarat kesahihan nikah.

Ulama Hanafiyyah berhujah dengan ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith dan qiyas. Terdapat empat ayat al-Quran yang pada zahir menyandarkan perkawinan kepada wanita (pengaitin perempuan) tanpa menyebut wali.1

“…Maka sekiranya dia mentalakkannya, maka wanita itu tidak halal baginya sehingga dia (bekas isteri) menikahkan dirinya dengan suami yang lain…” (Surah al-Baqarah: 230)

Begitu juga dengan ayat 232,

“…Maka janganlah kamu menghalang mereka berkahwin dengan bekas suaminya sekiranya mereka saling suka sama suka dengan kemakrufan...” (al-Baqarah: 232).

“…Maka tiada kesalahan ke atas kamu terhadap apa yang mereka lakukan kepada diri mereka dengan makruf…(seperti menikahi mana-mana lelaki yang solih)”
(al-Baqarah: 234)

Ayat ini menyandarkan aqad nikah kepada wanita secara jelas dan hakiki (al-isnad al-haqiqi) bukan secara majaz (kiasan). Zahir nas al-Quran menurut ulama Hanafiyyah amat kuat dalam menentukan hukum dan tidak boleh ditakhsis atau ditafsil oleh mana-mana hadith Ahad. Zahir nas la-Quran lebih kuat dari hadith-hadith sahih bertaraf Ahadiyyah dan zahir nas al-Quran adalah hujah syariah. Hadith Ahad yang bersalahan dengan nas al-Quran adalah dikira sebagai al-ziyadah ‘ala al-nass dan ditolak. (al-Zuhayli, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, ms 981).

Selain itu hadith-hadith yang mensyaratkan wali adalah daif dan dikritik oleh ahli hadith. al-Imam Abu Hanifah menolak hadith al-Zuhri di atas kerana apabila al-Zuhri ditanya tentang hadith tersebut beliau tidak mengetahuinya. Hadith Ibn Majah ada seorang pendusta bernama Jamil ibn Husan al-‘Ataki Sekiranya sahih, maka wali hanya untuk wanita kecil yang belum aqil baligh.

Hujah kedua ulama Hanafiyyah ialah hadith sahih iaitu “Wanita al-ayyim lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya.” al-Ayyim ialah wanita dara atau janda yang tidak mempunyai suami.

Ketiga, mereka berhujah dengan qiyas. Apabila wanita baligh dan berakal itu berhak mengaqadkan jual beli mereka sendiri, mempunyai kewalian terhadap hartanya, maka begitu juga dalam aqad perkahwinan kerana tiada beza antara satu aqad dengan aqad yang lain. Kewalian terhadap diri wanita tidak harus kerana bersalahan dengan al-hurriyyah (kebebasan) yang diberikan oleh Islam untuk setiap orang yang akil baligh. Ketiga, keharusan itu ialah dengan qiyas ke atas lelaki yang setelah akil baligh boleh mengakadkan perkahwinan sendiri kerana tiada beza antara lelaki dan perempuan dalam ayat-ayat al-Quran berkaitan hak dan tasarruf.

Bukan al-Imam Abu Hanifah sahaja, bahkan al-Imam Malik ibn Anas membenarkan wanita yang tidak cantik, tidak berharta, tidak mulia untuk bernikah tanpa wali. al-Imam Dawud al-Zahiri mengharuskan nikah tanpa wali bagi janda dan mensyaratkan wali bagi wanita dara. al-Imam al-Shafi`i sendiri mengatakan bahawa sekiranya seseorang wanita itu dalam safar dan ketiadaan wali, lalu ia menyerahkan perkahwinannya kepada seorang lelaki maka itu adalah harus. al-Nawawi menyokong perkara itu dengan syarat lelaki itu mesti adil (iaitu taqwa dan solih).

Dengan itu, jelas bahawa Islam amat luas, mudah amat sesuai di setiap masa dan tempat. Islam dapat menyelesaikan segala masalah manusia sekiranya difahami dengan betul. Hanya adat manusia yang menyukarkan kehidupan.

Apabila perkahwinan sebegini sah, harus dan halal, mengapa kita perlu mengikut mazhab yang amat ketat dan susah? Bukankah ini lebih baik daripada zina hingga melahirkan anak luar nikah, kemudian dibuang atau dibunuh.

Daripada berdating secara haram, penuh nafsu, dimurkai Allah, berzina hingga membatalkan amalan salih, lebih baik berkahwin segera dengan cara ini.
Caranya mudah dan sah:

i. 2 saksi (yang salih)
ii. Aqad (ijab dan qabul)
iii. Sediakan mahar
iv. wali (pengantin perempuan mewalikan dirinya sendiri)

Syarat: lelaki mesti sekufu dengan perempuan iaitu lelaki mesti memiliki ilmu agama yang lebih, amalan agama yang lebih, akhlak yang lebih baik dan harta. Kalau tidak sekufu, aqad tidak sah.

Bentuk aqadnya:-
Lelaki berkata: Kahwinilah saya dengan maharnya RM80.00 tunai dan sebuah buku terjemahan al-Quran.
Perempuan: Saya terima nikahnya.

Keputusan: Sah.

Bukankah ini lebih baik? Ingatlah, sekali zina membatalkan 60 tahun amalan.
Balasannya kekal dalam Neraka Jahannam yang amat panas, dalam dan tebal dinding penjaranya.!!

Boleh juga pengantin wanita menyerahkan aqad kepada mana-mana lelaki yang solih
dan dipercayai agamanya untuk mengaqadkan dirinya. Alangkah mudahnya perkahwinan dalam Islam, alangkah indahnya Islam tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahuinya.

Talfiq. Persoalan di sini adakah orang yang bermazhab Shafi`i boleh berkahwin mengikut mazhab Hanafi. Perkara ini diharuskan oleh ramai ulama Islam. Antaranya al-Kamal ibn al-Humam, Ibn Amir al-Haj dalam al-Tahrir, ibn ‘Abidin dalam Tanqih al-Hamidiyyah, al-Turtusi, Abu al-Sa`ud, Ibn Nujaym, al-‘Adawi dalam Hashiyah al-Dusuqi, Ibn ‘Arafah al-Maliki dalam al-Hashiyah ‘ala al-Sharh al-Kabir, al-Shafshawani, al-Amir al-Bayjuri, dan al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam dalam Fatawa al-Shaykh ‘Ilish (1/7. Mereka semua berhujah dengan ayat-ayat al-Quran yang menyuruh memudahkan urusan umat Islam. Ini kerana talfiq termasuk dalam bab al-taysir
‘ala al-nas.

“Tidaklah dijadikan ke atas kamu perkara yang menyusahkan dalam urusan agama”
(Surah al Haj: 7

“Allah sentiasa berkehendak memudahkan kamu dan memang manusia itu diciptakan bersifat lemah” (Surah al Nisa’: 2

“Allah sentiasa berkehendak memudahkan kamu dan tidak sekali berkehendak menyusahkan kamu” (Surah al Nisa’: 185)

Dalam hadith Rasul s.a.w telah berpesan agar memudahkan jangan menyusahkan (yassiru wala tu’assiru). Bu’ithtu bi al-hanifiyyah al-samhah aku diutuskan dengan fitrah yang mudah. Tiada yang memberat-beratkan agama melainkan ia akan tewas. al-Imam Shaykh Muhammad al-Ghazali mengatakan bahawa cara ini lebih dekat kepada fitrah manusia dan lebih jauh dari takalluf dan tannattu`. Beliau menyeru agar umat Islam menerima cara yang mudah ini dalam kebanyakan buku-bukunya kerana Islam itu mudah dan fitrah.

Perkahwinan mengikut mazhab Hanafi ini diguna pakai dalam Undang-undang Keluarga Islam Jordan dan Undang-undang Keluarga Islam Syria. Dalam Undang-undang Keluarga Islam Syria disebutkan bahawa apabila seseorang wanita itu mencapai usia 17 tahun, ia bebas mengaqadkan dirinya dengan mana-mana lelaki yang sekufu.

Di zaman fitnah dan kerosakan ini, ulama perlu mengemukakan pendapat-pendapat yang memudahkan umat Islam supaya masyarakat tidak menganggap Islam sebagai ‘agama susah’ dan tidak murtad dari agama ini. Wallau ‘alam.
________________

Jawapan :

Kedudukan wali sebagai syarat di dalam pernikahan adalah termasuk di dalam perkara khilafiyah (perbezaan pendapat) di kalangan ulama. Perbezaan ini timbul
disebabkan berbezanya pertimbangan yang dilakukan oleh para ulama disebabkan
wujudnya beberapa faktor yang membawa ke arah itu. Umat Islam tidak boleh menjadikan alasan mengambil jalam "mudah" untuk menghalalkan kehendak nafsu
mereka dengan mencampur adukkan qaul-qaul ulama tampa bimbingan ilmu yang benar lagi jelas. Cara ini adalah cara yang Batil. Pendapat ulama diambil dan ditinggalkan berdasarkan dalil dan kekuatan hujah. Bukan diambil dengan sewenang-wenangnya lalu menjadikan alasan "agama itu mudah" untuk menghalalkan kehendak nafsu semata-mata.

Jika perkara ini tidak dibendung maka agama akan menjadi mainan manusia-manusia
jahil dan jahat untuk memperolehi keuntungan duniawi. Maka dalam hal ini Talfiq
yang diambil dengan sewenang-wenangnya tidak boleh dijadikan alasan untuk membuktikan sifat agama yang mudah.

Sememangnya Mazhab Abu Hanifah berpendapat WALI bukanlah satu syarat daripada syarat-syarat Nikah. Mereka berpendapat hadith-hadith yang menyebut tentang keberadaan wali adalah hadith yang tidak soheh.

Pendapat ini berbeza dengan Jumhur/mejoriti ulama, kerana jumhur berpendapat
wali adalah salah satu syarat daripada syarat-syarat nikah. Jumhur ulama tersebut ialah as-Syafi'e, Malik dan Ahmad, mereka berdalilkan :

Firman ALLAH s.w.t. di dalam surah an-Nisak ayat 25
Maksudnya : "Maka kahwinilah mereka dengan izin Wali mereka"

Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 232 :
Maksudnya : " maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka


Firman ALLAH lagi di dalam surah al-Baqarah ayat 221 :
Maksudnya : "Dan jangan kamu menikahkan (wanita-wanita muslimah) dengan
lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman"

Dari ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa wali itu merupakan salah
satu daripada syarat Nikah, dimana ALLAH s.w.t. menujukan bicara akad nikah
kepada lelaki yang berperanan sebagai wali. Kalaulah urusan akad nikah ini diserahkan terus kepada wanita, maka untuk apa ALLAH menjuruskan bicara kepada
lelaki ? Tidakkah lebih baik ALLAH menjuruskan perbicaraan kepada wanita sahaja

Maka kerana ini, al-Imam al-Bukhari r.a. telah meletakkan satu bab terhadap
ayat-ayat al-Quran di atas dengan menyebut :
"Bab Sesiapa yang mengatakan : "Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali"
Bab ini sebenarnya mewakili pandangan Fiqh al-Imam al-Bukhari rh.

Dari ABu Musa al-'Asy'ari r.a. Sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya "Tidak ada nikah melainkan dengan adanya Wali" (Hadith riwayat
al-Khamsah. Disohehkan oleh Ibn al-Madini, dan al-Albani di dalam Soheh
at-Tirmizi)

At-Tirmizi berkata : "Dan beramal dalam bab ini berdasarkan hadith (di atas) di
sisi Ahli Ilmu dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w. diantara mereka Omar bin
al-Khattab, 'Ali bin ABi Tolib, Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah dan selainnya."

Daripada 'A-isyah r.ha pula, sabda Nabi s.a.w. :
"Mana-mana wanita yang bernikah dengan tanpa keizinan walinya, maka nikahnya
batil, maka nikahnya batil, maka nikahnya batil...." (Hadith riwayat at-Tirmizi,
Abu Daud dan Ibn Majah. Disohehkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil

Kesimpulannya :

Pendapat-pendapat ulama diambil dan ditinggalkan berdasarkan dalil dan kekuatan
hujjah. Yang mana lebih kuat dan hampir kepada maksud dalil-dalil agama maka
itulah yang diambil dan diamalkan.

wallahu a'lam.

p/s: perkataan 'talqif' sepatutnya ditulis sebagai 'talfiq', harap maklum...

mira said...

hehe, tak larat nak baca... :p

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails