Menuduh menyiapkan yang dituduh dengan beberapa pilihan jawapan dalam satu ruangan yang terlingkup, manakala bertanya memberikan pilihan jawapan yang lebih luas kepada yang ditanya.
Menuduh memberikan kuasa khayalan kepada yang menuduh, memberikannnya persepsi seolah-olah dia memiliki kuasa tertentu kepada yang dituduh. sedang yang menanya biasanya memiliki kuasa setaraf dengan yang ditanya.
Orang yang menuduh memiliki kedudukan tertentu kepada yang dituduh, kerana ini memudahkannya untuk menuduh. mungkin dalam dunia sebenar, yang dituduh bergantung kepada yang menuduh. mungkin yang menuduh ialah ibu bapa, guru disiplin, penyelia, majikan, atau pihak atasan.
Dalam keterbalikan psikologi, sebenarnya yang menuduh memiliki kuasa yang amat terhad, bahkan kuasanya itu bergantung kepada yang dituduh. Ia dapat dilihat dari ruang jawapan yang dibataskan oleh yang menuduh. situasi ini sangat negative sekaligus mengurangkan keberkesanan pengaruh yang menuduh
Ia terjadi kerana biasanya yang dituduh, selain ‘mengumpul mata’ untuk membalas tuduhan itu di satu masa nanti, yang dituduh biasanya mendendami si penuduh, menjadikan komunikasi semakin lama semakin tidak berkesan, dan di akhir masa, tiada komunikasi yang berlangsung akibat emosi negative yang terpendam.
Situasi tersebut tidak berlaku dalam perlakuan bertanya. malah, dengan bertanya tanpa sebarang prasangka, si penanya melibatkan dirinya secara kolektif dalam ruang jawapan yang ditanya. Ini membantu merapatkan jurang komunikasi.
adakah anda lebih banyak menuduh dari bertanya? jika jawapan anda adalah ya, maka anda berpotensi untuk mengumpulkan lebih ramai musuh dari sahabat.
Manusia sememangnya cenderung untuk menuduh daripada bertanya mengenai perkara sebenar, kerana menuduh lebih mudah dari bertanya. Sediakan beberapa skema jawapan yang ada dalam kepala kita, dan mulakan tuduhan. Sudah pasti ada jawapan yang terkena, walaupun sipi, pada yang dituduh.
Namun, bertanya perlukan keberanian dan ketabahan yang lebih dari menuduh. Sebabnya, untuk bertanya kita perlu bersedia untuk menerima sebarang jawapan yang entah betul atau tidak.
tetapi ia sepuluh kali lebih baik dari menuduh. Quran tidak menyebut, “wahai orang yang beriman, menuduhlah kamu untuk mendapat jawapan,” tetapi Quran berkata, “maka bertanyalah kepada ahludzikri sekiranya kamu tidak tahu” (al -Hajj). Maka seharusnya bertanya lebih diutamakan dari menuduh.
Apa pilihan anda?
1 comment:
salam... :)
walla! entri kalini memang sangat best. dah jadi menarik. pendekatan lain dari dulu. dah jadi macam... mirakimura! :p
best, best! teruskan kritis yang macam ni ;)
Post a Comment