3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 June 2009

Testosteron dan Pengambilannya

Testesteron adalah bahan yang natural@ alami dalam badan manusia.

Bagi lelaki, usaha untuk menjaga testosteron bolehlah diumpamakan menjaga kuantiti minyak hitam kereta anda. Kenapa? Jika minyak hitam terlalu sedikit, fungsi kereta akan kurang efisyen. Jika ia kering, kereta boleh overheat. (Tapi, tak perlu bimbang sangat, kerana testosteron taklah kering macam minyak hitam.)

Ada yang pandai menjaganya, contohnya bersenam, menjaga pemakanan dan juga kualitinya, juga pandai menjaga tahap stress sendiri melalui pengurusan diri yang tersendiri.

Biar macamana usaha penjagaan testosteron, sebaiknya ia tidak perlu sampai kita menggunakan kaedah yang tidak natural untuk menambah kuantiti hormon ini dalam badan.

Jika mahu menambah tahap testosteron ini, lebih baik kita fokuskan pada senaman dan pengambilan makanan yang kaya dengan zink dan vitamin C.

Ini kerana, pengambilan testosteron secara suntikan atau gel patch, ia mampu memberikan komplikasi tertentu.

Mengikut teori tindakbalas badan pada penambahan unsur@elemen dalam badan, penambahan testosteron dengan cara yang tidak natural, boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Sebagai contoh, testosteron yang rendah dalam badan lelaki boleh membawa kepada mood yang tidak ada momentum, dan kadang-kadang, lelaki akan rasa takde atau kurang mood.

Sekiranya pengambilan testosteron melalui suntikan atau gel patch diambil, mood tadi akan kembali menjadi OK, tapi kesannya tidak lama. Selepas hari ketiga atau keempat (bergantung kepada tahap kesihatan penerima), mood tadi akan turun, malah, ia akan turun dengan lebih teruk. Lalu, lelaki ini perlu mengambil dos yang lebih tinggi untuk menstabilkan moodnya.

Dan hal ini akan berterusan sehingga ia menjadi tidak dapat dikawal.

Sebaiknya, testosteron dibina dari dalam, bukannya diambil dari luar.


Baca lagi di sini.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails