3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

18 October 2011

Hybrid VS Elektrik

Kereta Hybrid dan Kereta Elektrik, jika mahu dibandingkan dengan detail, bukanlah saya orang yang selayaknya.

Tapi memang seronok dan menjimatkan , jika dilihat dari peinjimatan jumlah petrol untuk setahun. Yelah, kalau sebulan kita belanja RM300 untuk petrol, setahun dah RM3600.

Kalau dengan sistem hybrid kita mungkin boleh guna separuh kurang dari jumlah di atas.

Tapi kalau dengan sistem elektrik, kita mungkin boleh tak perlu fikir RM3600 tu untuk minyak. I mean, LANGSUNG tak payah.

Sistem Hybrid sekarang, menggabungkan petrol, dan elektrik. Penggunaan sistem hybrid memungkinkan kereta digerakkan dengan kuasa elektrik. Tidak seperti kereta sekarang yang menggunakan minyak petrol untuk menghasilkan daya tujahan,  dalam sistem hybrid, minyak petrol hanya digunakan untuk tenaga kepada generator sokongan penjana elektrik.

Bayangkan generator elektrik (waktu blackout, atau waktu kenduri-kendara di kampung-kampung) yang diisi dengan minyak, diletakkan dalam kereta anda. Genrerator ini pula menghasilkan elektrik, yang kemudiannya menggerakkan piston-piston dan motor dalam kereta.

Penggunaan sistem elektrik, seperti yang dikaji dalam proton Exora versi Electric EEV, menggunakan elektrik sepenuhnya, Ia bergantung kepada Batteri Lithium Ion yang mampu menyimpan cas elektrik yang lebih banyak (untuk dilepaskan beransur-ansur ke dalam sistem kereta), dan perlu di cas dari masa ke masa.

Mungkin di masa akan datang, apabila semua kereta dah bertukar kepada kereta elektrik, kita bakal ada sistem hybrid yang lain.

Contohnya:

Sistem Hybrid Elektrik dan  Solar
Dengan panel nanosolar, keseluruhan bahagian kereta, terutamanya bahagian bumbung, boleh dijadikan panel solar yang baik. Penggunaan nanosolar cell dan bukan solar cell biasa, menambahkan efficiency tenaga dengan mengoptimalkan penyerapan dan penukaran tenaga solar. Dengan nano solar cell, kita tidak perlu menukar bumbung atau bahagian kereta menjadi solar glass yang sudah tentunya menambahkan jumlah berat kereta.

Nano solar cell boleh dipasang samada dengan gam 3M, atau dengan menukar keseluruhan bumbung kereta kepada nanosolar cell.

Dengan ini, apabila kereta bergerak, ia menggunakan tenaga elektrik, dan apabila tenaga elektrik mencapai tahap E, tenaga solar yang dikumpulkan dari panel , dan disimpan ke dalam rechargeable Lithium Ion, boleh terus disalurkan ke dalam sistem penggerak kereta. Oleh itu, pengguna tidak lagi perlu risau tentang stesen pengecas bateri.

sistem Hybrid Elektrik dan Air
Tanpa matahari, kita masih boleh menggunakan air untuk menjana tenaga simpanan. Tapi ia mungkin ada risiko. Air yang dide-moleculized akan menghasilkan oksigen dan hidrogen. Hidrogen yang terkawal boleh disalurkan sbagai bahan bakar, dan oksigen boleh dilepaskan sebahagiannya dalam kebuk pembakaran menghasilkan tenaga. Tapi ia mungkin tidak mencapai objektif hybrid yang mahu mengurangkan pembakaran dan pelepasan CO2.

Sistem Hybrid Elektrik dan Nuclear
sistem yang wujud dalam khayalan Knight Industries Three Thousand.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails