3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

12 October 2011

Hantu Bonceng Yang Penuh Mesej

Teka Teki: Apakah yang bewarna putih, mengilai-ngilai dan masih kekal cantik?

jawapan: Juliana Evan pakai jubah putih. :D

Hantu Bonceng tidaklah sejanggal yang didakwa oleh pendakwa kesilapan kalimah syahadah.
Personally, saya rasa, kisah hantu yang begini punya mesej yang lebih jelas. Dan, keseramannya tak adalah keterlaluan, malah komedi dan mesejnya lebih jelas. =)
credit kepada enciknakal.com

Bagi saya, penggunaan kalimah tasbih, tahmid, dan istighfar, tidak menonjolkan pun sisi 'mempermainkan' , dan tiap kali ia dilontar, ia kena pada tempatnya. Dalam pandangan pertama, ia lebih baik dari filem seram Jangan Pandang Belakang Congkak.


Tapi tak pernah pula saya dengar berbogel akan menghalau makhluk halus? kelakar. :D

Cat Farish, memang menjiwai watak ustaz. Baguslah, mudah-mudahan ini bukan kali yang terakhir beliau mahu memegang watak seperti ini. =)





Zizan, dan seorang lagi Jejaka Jambu tu, nampak nya memang betul-betul diberi peluang dalam filem Ahmad Idham, seperti dijanjikan. Untunglaahhh :D

Paling saya suka, tengok promosi Modenas CT110. Tak kisahlah ia boleh buat ghost rider ke, kapal layar ke, saya suka konsep produk Malaysia dipasarkan dengan baik dalam Filem tempatan kita sendiri. Ini barulah promosi barangan buatan Malaysia!

Secara peribadi, selain Hantu Bonceng, saya juga menanti filem kita turut mempromosi kehebatan Proton Satria Neo dengan modding performance dan bodykit R3, mungkin dalam mana-mana filem adiwira dengan kenderaan berkuasa tinggi.


Jalan Cerita:
Sangat menarik. Masih kemas, dan unexpected , to some extent. Siapa sangka Ayu itu kembarnya Maya Watak Kunyit sebagai sidekick hero, memperkemaskan lagi pengembangan cerita. Bagus, penulis skrip! :D


Meter Lawak: 7.5 dari 10.

Mesej: Sangat jelas. Isu rempit tak takut mati, adalah suatu yang bukan taboo, sebaliknya ia adalah isu pencarian identiti dan achievement. Dengan jelasnya, watak Dr yang dipegang Zahid AF2 dan ustaz Cat Farish, kita melihat fungsi masyarakat yang baik itu sangat penting.

Ustaz Cat Farish menonjolkan keperluan komuniti kita kepada sebuah surau + masjid, yang benar-benar berfungsi sebagai 'reachable reference', bagi Muslim yang tersasar sedikit cuma,  untuk membantu mereka ke jalan hidup yang lebih baik.

Benar. Rata-rata Masjid atau surau kita, sudah ada pegawai pentadbir, benar. Namun, yang betul-betul berfungsi sehingga mampu memberi kesan pada 'pengunjung' hingga beristighfar macam dalam program 'recall' Smart Solat, inilah skill yang wajib ada. ;)

Program Imam Muda kita diharapkanlah mampu mengisi lompang dalam ruang-ruang yang masih ada, agar Surau/Masjid kita bukan sekadar berkuantiti tapi juga berkualiti. =)

Trivia:
Dalam Hantu Bonceng, Zizan kurang jelas lakonannya dalam babak Zizan menghantar Ayu ke bilik kosong. Tapi, Juliana Evans sebagai Ayu, menonjolkan simptom tipikal + klasikal manusia yang sedang mengalami pancaran feromon dan PEA spike ketika 'diusyar.'

Antaranya adalah pembesaran anak mata, dan bahagian bibir bawah yang sedikit bergetar.

Adakah ia disebabkan mereka memang memiliki tarikan selain dalam lokasi penggambaran? :P

p/s: suka tengok gelagat Prof Izi Hj Ali :D
p/p/s: suka juga tengok gelagat Juliana Evans. Mengingatkan saya pada seseorang yang entah kenapa sejak pagi hingga ke tengahari terbayang tak semena-mena.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails