3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

11 October 2011

Bini-Biniku Gengster Kah?

Bini-biniku Gengster, menyentuh isu yang pada sekitar bulan Julai lepas sangat panas dan sensitif.
Sudah pasti MIG takkan berani keluarkan kisah, sebab market sangat tak supportif.

Isu apa lagi kalau bukan isu Poligami. Dalam bulan itu, kita ada isu poligami, Kelab Taat Suami, dan Salih Yaacob kahwin lagi. Panas punggung semua orang, termasuk orang di Kementerian Pembangunan Wanita.

Namun dengan sentuhan komedi aksi, tema poligami dijadikan suatu asas untuk menyatukan dua subkumpulan kongsi gelap .

Dari sini, kita boleh nampak beberapa perkara.

Poligami dan Permusuhan
Tanpa berselindung di sebalik tajuk, poligami dan permusuhan bagaikan sekumpulan entiti yang tidak mustahil hidup bersama. Ada wanita yang bermusuh sebab poligami. namun tak kurang juga musuh yang menjadi baik atas nama poligami.

kredit ke akubersamacahya.blogspot.com
Poligami dan Perhatian
Antara isu terbesar dalam poligami adalah perhatian. Bagaimana perhatian yang teralih mengakibatkan suami mencari orang yang lebih memberi perhatian kepadanya. Dan Vice Versa. Kita lihat bagaimana isteri muda dan isteri tua pertama berusaha menarik perhatian suami dengan cara tersendiri. Seorang dengan bisnes kedai bunganya. Seorang dengan keberadaannya di tempat kerja.

Poligami dan Kepercayaan
Ini adalah isu, tapi dalam masa yang sama menjadi rencah dalam keberjayaan poligami. Ada pasangan berpoligami kerana mereka saling mmpercayai salah satu sama lain, hinggakan selesa untuk melamar bagi pihak suaminya. Ada pula pasangan yang berpoligami hanya seolah menempah neraka dunia apabila terpaksa menipu kedua-dua belah pihak. Dari niat berpahala, akhirnya menyebabkan aniaya. Kan dah jadi dosa?

Plot Cerita:
Kemas. Kita tahu apa perjalanan  cerita, dan kita mampu bayangkan apa yang patut dan apa yang tak patut berlaku dalam plot.

Aksi
Antara filem dengan aksi pergaduhan wanita  yang boleh tahan hebatnya. Gerak Khas the Movie pun mungkin duduk sama rendah diri sama tinggi, andai ia keluar pada timeline yang sama dengan cerita ini.
Namun, mungkin aksi Shaheizy tak begitu menonjol, dan sebaliknya digantikan dengan double wanita, atas sebab kepenatan lakonan filem yang berjalan hampir serentak. Mungkinkah?

Kesan khas: Kurang, tapi tak menjejaskan impak cerita. Baguslah! =)

Kisah yang tak membosankan, atas tema Gangster yang lebih kurang. Saya kira, baguslah kalau di simpan dalam hard disc HDMI convertable untuk tontonan happy family time-time bosan. :D

p/s: kalau nak poligami, next time, pastikan kenal betul2 calon-calonnya ya



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails